Maksud Market Sentiment

Bismillahirrahmanirrahim

Market sentiment merupakan salah satu perkara yang harus diambil berat oleh para pelabur. Dengan mengetahui sentimen saham setiap hari, ia membantu para pelabur mencari arah dagangan hari ini. Namun, adakah anda tahu maksud market sentiment? Bagaimana ia mempengaruhi pasaran semasa dan cara untuk menghadapi setiap fasa sentiment pasaran?

Maksud Market Sentiment

Market Sentiment merupakan perasaan pelabur terhadap pasaran pada hari tersebut. Ia juga disebut sebagai crowd psychology, sekiranya ramai pelabur buy pada hari tersebut, maka price sesuatu sekuriti akan bullish dan sebaliknya.

Trigger Mechanism Sentimen Saham

Jadi, bagaimana pelabur mentakrifkan sentimen saham setiap hari? Kebanyakan para pelabur akan merujuk kepada pergerakan Index Utama sesuatu negara, wilayah, atau dunia. Sebagai contoh, para pelabur di Malaysia akan merujuk market sentiment pada hari tersebut berdasarkan index FBMKLCI. Sekiranya Index FBMKLCI menurun, maka sentimen saham hari tersebut akan bearish.

FBM KLCI hits record close of 1,895.18 | The Edge Markets
Contoh pergerakan Bullish yang memberikan positif market sentimen saham pada hari tersebut

Mengapa ini terjadi? FBMKLCI adalah indeks yang memaparkan 30 syarikat gergasi di Malaysia. Prestasi 30 syarikat gergasi ini akan dikira secara purata dan membentuk indeks. Oleh itu, dengan mengukur tahap prestasi syarikat-syarikat ini ia secara tidak langsung menjadi penggerak utama kepada saham-saham yang lain. Secara logiknya, jika syarikat-syarikat gergasi ini gagal untuk menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, apatah lagi syarikat syarikat kecil yang lebih kecil kapasati dan kemampuan mereka untuk beroperasi.

Oleh itu, Indeks FBMKLCI sangat penting kepada para pelabur bagi menentukan arah tuju pelabur setiap hari. Selain itu, para pelabur juga melihat indeks indeks negara Asia yang lain untuk mengagak kekuatan indeks FBMKLCI seperti Indeks Hongkong, SIngapura dan Jakarta. Melalui pemantaun terhadap kekuatan Indeks negara serantau, ia memberi gambaran kepada pelabur tahap kekuatan atau kelemahan FBMKLCI itu sendiri.

Masalah Market Sentiment Kepada Para Pelabur

Pergerakan harian tidak menggambarkan market secara keseluruhan. Oleh itu, ia amat penting kepada pelabur-pelabur intraday sahaja. Kehadiran pelabur pelabur intraday adalah perlu kerana ia menyumbang kepada market liquidity itu sendiri. Bayangkan jika tiada pelabur intraday, agak susah untuk para pelabur untuk menjual atau membeli saham yang mereka inginkan.

Masalah kepada intraday trader adalah mereka mengejar harga. Mereka suka kepada breakout, padahal price akan sentiasa melakukan fakeout untuk menipu mereka dan sering membuatkan ramai tersangkut pada harga yang terlalu tinggi. Oleh itu saranan saya untuk menghapuskan market sentiment adalah seperti berikut.

1, Gabungkan market sentiment dengan fundamental analisis

2. Buy kaunter yang mempunyai fundamental yang baik apabila FBMKLCI mencatatkan kenaikan.

3. Untuk lebih baik, cuba untuk fokus kepada syarikat yang anda monitor. Sebagai contoh anda sedang monitor saham syarikat telekomunikasi pada Ace Board, walaupun FBMKLCI menurun, namun syarikat Digi dan Axiata mencatatkan kenaikan. Oleh itu, anda boleh mencari peluang untuk Buy kaunter yang anda sedang monitor.

Kesimpulan

Saya berharap, objektif saya tercapai dalam artikel ini iaitu menerangkan maksud market sentiment kepada anda. Kepada yang masih belum tahu dan terkapai kapai untuk mencari panduan saham yang lengkap dan percuma, anda boleh download Ebook Funnel Analysis yang saya susunkan khas untuk anda. Sekian terima kasih.

Baca : Maksud Indeks Harga Pengguna

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →