Apa itu P/E Ratio Saham dan Kepentingannya

P/E Ratio ataupun Price to Earning Ratio adalah salah satu indikator fundamental yang sangat penting dan sering diambil berat oleh para pelabur. Ianya juga termasuk daripada 5 magic number saham dari segi fundamental dan banyak dibahaskan oleh para pelabur dan juga pengajar saham diluar. Namun, tahukah anda apa itu P/E ratio saham dan kepentingannya kepada para pelabur?

Maksud P/E Ratio

Istilah : Nisbah harga saham syarikat berbanding dengan pendapatan per saham. Formula pengiraan bagi P/E Ratio adalah seperti berikut :

P/E Ratio = Market Price Per Share (Unit) / Earning Per Share (EPS)

Sebagai contoh, syarikat A mempunyai harga syer semasa sebanyak RM 1.00 dan EPS syarikat tersebut adalah RM 0.50 per syer. Maka, apabila market price per share dibahagi dengan EPS, anda akan mendapat nilai P/E Ratio iaitu 2. Pengiraan untuk mendapatkan EPS adalah lebih kompleks dan tidak akan dibahaskan pada artikel kali ini.

Kepentingan P/E Ratio

Mengapa pentingnya maklumat P/E Ratio saham ini? P/E ratio memberi maklumat bahawa sesuatu saham itu berada dalam keadaan undervalue ataupun overvalue. Dalam erti kata lain pelabur cuba untuk membeli saham syarikat yang mempunyai potensi untuk berkembang pada kadar yang murah berbanding membeli saham mereka pada saat saham mereka sedang mahal.

Selain itu, sekiranya P/E Ratio jatuh kepada bacaan negatif, ia menunjukkan bahawa syarikat tersebut sedang mengalami kerugian manakala jika P/E ratio saham berada dalam bacaan positif, maka saham tersebut sedang mengalami keuntungan.

Selain membantu untuk mendapatkan bacaan Undervalue / Overvalue dan juga Negatif Earning / Positive Earning, ia juga memberi kesan kepada bayaran dividen. Kebiasaannya, jika P/E ratio berada dalam Undervalue, dividen yang ditawarkan adalah tinggi dan sebaliknya pula jika P/E ratio kaunter tersebut dalam keadaan Overvalue.

Nisbah P/E ratio yang Bagus

Secara amnya, nisbah P/E ratio saham yang baik adalah berada di bawah 10 dan tidak kurang daripada 1. Jika saham berada dalam julat ratio ini, ia bermaksud saham tersebut berada dalam keadaan undervalued. Untuk bacaan 10-20, ia menunjukkan saham itu berada dalam harga yang normal tapi masih baik untuk dibeli jika kaunter tersebut mempunyai potensi untuk berkembang. Bagi bacaan melebihi 20, pelabur menganggap saham kaunter tersebut terlalu mahal.

  1. 1-10 : Murah
  2. 10-20 : Harga normal
  3. 21 ke atas : Mahal
Nifty PE Chart
Nifty PE Ratio memberi gambaran berkaitan dengan apa yang terjadi berdasarkan keadaan ratio

Nilai P/E ratio saham boleh berubah-ubah memandangkan pergerakan harga saham yang sentiasa bergerak. Jika anda rujuk semula formula P/E ratio, pemboleh ubahnya terbahagi kepada dua iaitu EPS dan juga harga saham seunit. EPS agak lewat untuk dikemaskini, dan kebiasaannya akan dapat dikiria setiap kali Quarter Report dikeluarkan. Berbeza dengan harga saham seunit yang berubah setiap hari.

Oleh itu, kadar P/E ratio boleh berubah disebabkan faktor harga saham itu sendiri yang berubah setiap hari. Sebagai contoh, pada hari Isnin, kaunter A mempunyai P/E Ratio sebanyak 3. Sentimen pasaran yang baik telah membuatkan saham kaunter A menaik sebanyak 20 peratus pada hari rabu. Apabila dinilaikan semula, P/E ratio kaunter A telah pun meningkat sehingga ratio 5.

Kesimpulan

P/E ratio sememangnya antara indikator laporan kewangan yang sangat penting untuk diambil kira. Di dalam ebook Funnel Analysis Technique BSKL juga saya menyarankan agar faktor P/E ini diambil kira. Oleh itu saya harap artikel kali ini telah menjawab soalan apa itu P/E ratio dalam dunia pelaburan saham.

Baca : Apa itu Debt to Equity Ratio

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →