Apa itu Debt to Equity Ratio Dalam Laporan Kewangan

Debt to Equity Ratio merupakan salah satu angka yang selalu menjadi perhatian kepada para pelabur ketika meneliti laporan kewangan yang dikeluarkan oleh syarikat. Ratio tersebut penting kerana ia menunjukkan tahap kesihatan kewangan sesutu syarikat sekaligus mempengaruhi kadar keuntungan yang bakal diperolehi pada masa akan datang. Tahukah anda apa itu debt to equity ratio? Apakah formula yang digunakan untuk mendapatkan debt to equity ratio dan bagaimana figure ini memberi kesan kepada pengoperasian syarikat.

Apa itu Debt to Equity Ratio?

Maksud Debt to Equity Ratio menurut para ahli kewangan adalah nisbah hutang terhadap ekuiti. Dalam bahasa mudah, jumlah hutang semasa syarikat. Ratio pula ditentukan melalui kiraan yang melibatkan antara jumlah ekuiti dengan hutang semasa yang dialami oleh syarikat.

Rumus Long Term Debt to Equity Ratio

Selepas mengetahui maksudnya, formula yang digunakan untuk mendapatkan ratio tersebut adalah seperti berikut :

What does Debt-Equity Ratio Mean to Your Business - InvoiceInterchange

Total liabilities adalah segala tanggungan yang perlu dihadapi oleh syarikat. Sebagai contoh, sebuah syarikat mempunyai kos yang melibatkan kos operasi, kos pengiklanan dan kos guaman. Semua kos-kos yang dibayar secara berkala haruslah dikumpulkan dan disatukan untuk mendapatkan jumlah keseluruhan hutang/tanggungan syarikat

Total shareholder equity adalah semua pendapatan syarikat termasuk aset-aset yang boleh dijual. Sebagai contoh sebuah syarikat mempunyai aset pegangan cash, milikan hartanah dan juga saham-saham kerajaan. Kesemua aset tersebut akan dijumlahkan untuk mendapatkan kiraannya.

Apabila kiraan kedua-dua elemen ini telah berjaya diperolehi (hutang / aset) maka ia akan dibahagikan untuk mendapatkan Debt to Equity Ratio (D/E). Melalui ratio tersebut, para pelabur dapat mengagak apakah yang sedang dihadapi oleh syarikat tersebut.

Bacaan Rumus Debt to Ratio yang Baik

Anda perlu tahu apakah perkara yang ingin diberitahu oleh ratio ini kepada anda. Secara amnya terdapat tiga tahap yang dibahagikan dalam ratio ini bagi menentukan keadaan semasa hutang syarikat tersebut. Dibawah adalah nilai ratio yang disarankan beserta keadaan semasa hutang syarikat.

How to Analyze Debt to Equity Ratio: 7 Steps (with Pictures)

Debt to Ratio yang mempunyai bacaan ratio yang kurang daripada 0.3 menunjukkan bahawa syarikat tersebut tidak mempunyai hutang atau hutang yang sedikit. Oleh itu, syarikat tersebut mempunyai jumlah keuntungan yang bersih dan mampu beroperasi tanpa sebarang masalah yang bakal dihadapi pada masa akan datang. Namun, ia juga bermaksud syarikat tidak berani untuk mengambil risiko untuk berkembang dan mempunyai kadar pertumbuhan keuntungan yang agak statik dan sedikit meningkat.

Bagi Ratio 0.4 – 2, ia menunjukkan syarikat mempunyai hutang dan hutang tersebut mampu dibayar secara berdisiplin dan teratur. Syarikat yang mempunyai hutang pada bacaan ratio ini menunjukkan bahawa mereka sedang mengembangkan perniagaan mereka dan memerlukan pinjaman sebagai modal permulaan untuk pemgembangan perniagaan mereka. Kebanyakan yang mempunyai hutang didalam skala ini adalah syarikat Mid Cap.

Dan terakhir, bagi bacaan ratio 2 ke atas, ia menunjukkan bahawa syarikat mempunyai hutang dan hutang tersebut digunakan untuk menampung kos pengoperasian semasas. Sekiranya wang dipinjam untuk membiayai kos operasi semasa ia merupakan satu petanda yang tidak sihat dan digalakkan untuk mengelakkan diri dari melabur syarikat yang mempunyai hutang yang besar. Berbeza sekiranya syarikat tersebut tergolong dalam dalam syarikat yang mempunyai Market Cap yang besar seperti syarikat yang tersenarai di Main Board. Biasanya mereka mempunyai hutang yang besar kerana keluk perniagaan yang terlalu luas memerlukan mereka melakukan hutang bagi membiayai kos-kos operasi semasa sebelum syarikat mengaut keuntungan yang lebih tinggi.

Kesimpulan Apa itu Debt to Equity Ratio.

Secara lazimnya, D/E yang rendah tidak bermaksud syarikat yang tiada hutang itu bagus dan D/E yang tinggi tidak semestinya syarikat yang berhutang itu tidak bagus. Namun, untuk menguatkan lagi pemilihan kaunter yang ingin anda pilih, semestinya syarikat yang mempunyai hutang yang manageable adalah keutamaan anda. Sekian terima kasih.

Baca: Apa itu ROE dalam Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →