Stochastic Oscillator merupakan indikator yang tergolong dalam kumpulan Oscillator. Kesemua indikator yang berada di dalam kumpulan Oscillator berfungsi untuk mencari High dan Low sesuatu siri pergerakan harga. Hari ini kita akan belajar stochastic saham dan bagaimaan indikator ini dapat membantu anda dalam melakukan analisa teknikal.
Pengertian Stochastic Saham
Merupakan indikator yang mengukur momentum pergerakan harga sesebuah sekuriti (saham/bon/komoditi) pada tempoh masa tertentu. Kadar sensitiviti sesuatu momentum dipengaruhi oleh jangka masa yang diambil. Ia dinamakan Stochastic Oscillator kerana Oscillator merupakan satu peranti yang menghasilkan gelombang. Satu kitaran gelombang akan membentuk puncak dan lembah dan sebab itulah High dan Low boleh diukur menggunakan indikator Stochastic Oscillator ini.
Belajar Komponen Stochastic Oscillator Saham
Di dalam indikator ini, terdapat beberapa elemen dan keadaan yang dipaparkan olehnya yang perlu anda fahami ketika melakukan analisa teknikal.
- Overbought : Satu paras yang melebihi bacaan 80 di dalam range. Jika line MA sudah berada dalam kawasan bacaan 80 keatas, price akan dianggap sebagai overbought dan pelabur akan mula sell saham mereka.
- Oversold : Satu paras yang kurang dari bacaan 20 di dalam range. Jika line MA sudah berada dalam kawasan bacaan 20 kebawah, price akan dianggap sebagai oversold dan pelabur akan mula untuk buy saham yang mereka inginkan.
- Moving Average : Terdapat dua line moving average yang mana biru merupakan Slow MA, dan merah adalah Fast MA. Sekiranya terjadi persilangan antara dua line MA ini, maka terdapat perubahan arah sedang berlaku.
Belajar Melakukan Analisa Stochastic Saham
Jika anda bertanya kepada ramai pengajar teknik saham, ramai yang akan mengatakan bahawa apabila Overbought (OB) anda kena cari Sell manakala jika price Oversold (OS) cuba untuk cari Buy. Cara itu tidak salah namun terdapat sedikit kekeliruan dalam memahami cara melakukan analisa stochastic saham.
Terdapat beberapa kata kunci yang perlu anda kaitkan. Kata kunci pertama adalah momentum. Jika price berjaya mencapai kawasan Overbought atau Oversold, ia bermakna terdapat momentum price yang kuat. Sebagai contoh, price telah overbought, maka terdapat momentum uptrend yang akan berlaku. Begitu juga dengan oversold. Jika terjadi oversold terdapat momentum downtrend yang akan berlaku.
Saya ulang semula kata kuncinya
- Jika price mencapai kawasan OB dan OS, itu petanda momentum price telah wujud
- Selepas itu, price akan melakukan retracement
Selepas OB atau OS berlaku, anda akan jangkakan akn terjadinya retracement iaitu price akan mula turun atau naik sedikit. Ia adalah nature market itu sendiri. Bila harga terlalu tinggi maka harga akan turun untuk memenuhi konsep supply dan demand. Ketika price turunlah, para pelabur cuba untuk mencari peluang buy at dip.
Namun, ada kalanya ketika melakukan analisa saham menggunakan stochastic, walaupun price telah OB, anda telah cuba buy at dip namun price tidak naik dan terus turun menyebabkan anda tersangkut pada harga yang tinggi ataupun terkena Stoploss. Jika keadaan tersebut terjadi maka market telah melakukan fakeout ataupun market berada dalam keadaan ranging.
Jadi, solusi kepada kelemahan stochastic saham ini adalah anda gunakan trade based on breakout. Dengan cara ini, anda tidak akan tertipu dengan signal buy at dip dan dapat mengelakkan diri daripada tersekat dalam ranging price.
Apabila price sudah berada di dalam kawasan OB, anda boleh tandakan satu horizontal line disitu yang boleh anda jadikan sebagai tanda membentuk resistance. APabila price berjaya breakout line tersebut, anda boleh Que untuk Buy dan meletakkan target CL beberapa bid dibawah price anda beli dan meletakkan TP minimum RR 1:3
Kesimpulan
Saya berharap anda dapat belajar stochastic saham ini dengan mudah dan penerangan yang saya berikan adalah jelas. Jika anda ada masalah boleh hit WS yang ada disebelah kanan anda.
Baca : Belajar Indikator RSI Saham