Maksud Index Harga Pengguna Dalam Makro Ekonomi

Index harga pengguna atau dipanggil sebagai consumer price index (CPI) merupakan salah satu daripada enam indikator makro ekonomi negara yang sering diberi perhatian oleh para pelabur. Data tersebut bersifat selari dengan kadar inflasi semasa lazimnya. Artikel kali ini akan menjawab maksud index harga pengguna, dimana anda boleh dapatkan maklumat CPI dan juga kesan yang dihadapi dalam ekonomi.

Maksud Index Harga Pengguna

Index harga pengguna adalah satu alat yang digunakan untuk mengukur kadar inflasi. Ia mengambil kira faktor harga barangan atau perkhidmatan pada tempoh masa yang tertentu. Kemudian harga purata barangan atau perkhidmatan tersebut akan dibandingkan antara tahun ke tahun.

Pecahan Komponen Index Harga Pengguna

Terdapat beberapa komponen yang telah dikelaskan terdapat di dalam IHP ataupun CPI ini. Senarai komponen tersebut adalah seperti berikut :

  1. Lain-lain barangan dan perkhidmatan (Grabcar, Foodpanda sebagai contoh)
  2. Makanan dan Minuman
  3. Kesihatan
  4. Pendidikan
  5. Alkohol dan Rokok
  6. Sukan, Budaya dan Rekreasi
  7. Barangan Keperluan Rumah
  8. Hotel dan Restoran
  9. Telekomunikasi
  10. Pakaian
  11. Tenaga dan Hartanah
  12. Pengangkutan awam

Untuk mendapatkan sumber yang sahih anda boleh layari Department of Statistic Malaysia dan maklumat tentang IHP atau CPI ini akan dikemaskini pada setiap bulan. Dibawah merupakan index harga pengguna 2020 pada bulan terbaru iaitu Oktober 2020.

Department of Statistics Malaysia Official Portal

Kesan Peningkatan Index Harga Pengguna

Sekiranya terdapat peningkatan indeks harga pengguna secara keseluruhan, ia menunjukkan bahawa kuasa beli pengguna sedang meningkat dan ekonomi Malaysia sedang membangun. Namun, jika indeks harga pengguna mengalami penurunan, maka ia memberi gambaran bahawa kuasa beli pengguna sedang menurun.

Kuasa beli pengguna amat mempengaruhi tahap survivality sesebuah syarikat atau perniagaan. Syarikat tidak dapat menjana keuntungan jika produk tidak dapat dijual disebabkan kuasa beli pengguna yang rendah. Oleh itu, syarikat harus bijak dalam mempertahankan perniagaan mereka ketika ekonomi sedang merudum seperti melakukan pengecilan skala operasi ataupun diversifikasi perniagaan daripada perniagaan induk atau teras.

Bagaimana Untuk Melakukan Analisa Terhadap Indeks Harga Pengguna Dari Sudut Sentiment Makro Ekonomi

Pertama, indeks harga pengguna berkait rapat dan bergerak selari dengan kadar inflasi. Sekiranya indeks harga pengguna meningkat secara keseluruhan, maka ia memberi gambaran inflasi sedang meningkat, dan ekonomi sedang memulih. Begitu juga sebaliknya, jika indeks harga pengguna menurun, negara mengalami deflasi dan ekonomi sedang merudum.

Anda boleh lakukan perbandingan antara dua bacaan indeks harga pengguna untuk mendapatkan gambaran sama ada ianya sedang menaik atau menurun. Sebagai contoh pada bulan September bacaan IHP adalah 120 namun pada bulan Oktober anda dapati IHP berkadar 119. Jadi anda dapat simpulkan bahawa negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi.

Sebagai seorang pelabur, anda harus tahu, jika anda dapati ekonomi sedang menguncup, anda seharusnya memberi fokus kepada kaunter yang bersifat Non-Cyclical. Lihat semula kepada pecahan komponen IHP, anda dapat lihat kebanyakan komponen yang paling banyak dicari oleh pengguna adalah Makanan dan Minuman, Kesihatan serta Lain-Lain Perkhidmatan. Kesemua komponen ini kebanyakannya datang daripada kaunter yang bersifat Non-Cyclical. Jadi, anda boleh melakukan agakan bahawa kebanyakan syarikat yang beroperasi daripada kumpulan tersebut akan berkembang disebabkan permintaan yang tinggi.

Anda juga dapat lihat, sektor pengangkutan awam adalah yang paling terjejas kali ketika ini disebabkan isu Covid 19. Memandangkan SOP semasa memerlukan jarak 1 meter antara individu, maka syarikat pengangkutan tidak dapat memaksimumkan kapasiti keuntungan mereka disebabkan penumpang yang boleh diambil adalah amat terhad.

Kesimpulan

Indeks harga pengguna atau CPI ini sangat penting untuk anda mengetahui sentimen pasaran pada pandangan makro ekonomi. Malah anda juga boleh tahu apakah sektor yang on-demand ketika ekonomi sedang menguncup. Saya berharap agar artikel ini dapat menjawab semua persoalan berkaitan dengan Consumer Price Index.

Baca : Kesan Inflasi terhadap Pelaburan

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →