BIsmillahirrahmanirrahim
Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Begitu juga dalam pasaran saham. Setiap yang berlaku adalah reaksi seorang pelabur terhadap maklumat yang diperolehinya. Oleh itu catalyst sangat memberikan pengaruh yang besar dalam keputusan seorang pelabur. Artikel kali ini akan menerangkan tentang apa itu catalyst dalam saham, ciri ciri catalyst serta sedikit contoh implikasi catalyst dalam saham.
Maksud Catalyst Dalam Saham
Catalyst dalam bahasa melayu adalah pemangkin. Dalam bahasa mudah, penyebab sesuatu saham itu bergerak. Dengan mengetahui mengapa sesuatu saham bergerak, ia membuatkan pelabur selangkah kehadapan berbanding daripada pelabur-pelabur yang lain.
Ciri-Ciri Catalyst Saham Yang Baik
TIdak semua catalyst dalam saham itu adalah bagus. Terdapat juga pelabur yang keliru untuk mengetahui apakah catalyst yang memberi pengaruh yang sangat kuat. Antara ciri-ciri catalyst saham yang baik adalah seperti berikut:
- Bersifat global dan menyeluruh
- Diumumkan oleh institusi yang berpengaruh sebagai contoh seperti dasar kerajaan
- Mempunyai kesan jangka panjang
- Mempunyai unsur politik
Antara contoh catalyst yang baik adalah berkaitan dengan naik turun harga minyak, dasar belanjawan negara dan pergolakan politik dan geopolitik sama ada dalam dan luar negara.
Jenis-Jenis Catalyst Saham
Terdapat dua jenis catalyst saham iaitu:
- Catalyst Positif
- Catalyst Negatif
Contoh catalyst positif adalah seperti pengumuman dasar belanjawan negara yang memberi tumpuan kepada pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, manakala contoh catalyst negatif adalah penurunan nilai matawang Malaysia berbanding dengan negara jiran.
Catalyst Mempengaruhi Pergerakan Saham
Bagaimana catalyst mampu mempengaruhi pergerakan saham? Ianya disebabkan adalah berapa ramai pelabur yang membeli dan menjual pada ketika itu. Catalyst hanya bertindak sebagai pemangkin, manakala pelabur bertindak berdasarkan maklumat yang diperolehi. Jika catalyst yang diterima adalah bersifat negatif, maka ramai pelabur akan menarik keluar pelaburan mereka.
Sebagai contoh kesan catalyst politik dalam Malaysia. Baru-baru ini peralihan kuasa dari Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan telah memberikan banyak kesan kepada saham-saham yang banyak dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional. Antara saham yang terkena impak tersebut adalah:
- MyEG
- George Kent
- Excel Force
Selain itu, semakin kuat sesuatu catalyst, ia akan mewujudkan kesan rantaian yang sangat besar kepada sektor yang lain. Sebagai contoh, pengumuman pembatalan projek HSR dan juga penukaran terma dalam projek MRT bukan sahaja memberi kesan kepada syarikat yang berada secara terus dalam industri, malah sub sub vendor yang lain. Maka, kebanyakan syarikat yang mempunyai core industri yang berkait terus dengan projek tersebut akan menerima kesan yang agak kuat berbanding syarikat lian.
Kesimpulan.
Mengetahui sebab mengapa sesuatu pasaran bergerak adalah satu tindakan yang bijak. Catalyst secara tak langsung memberikan keberanian untuk para pelabur sama ada untuk hold dan bertahan dengan kaunter tersebut dengan lebih lama walaupun harga saham secara teknikalnya merudum melakukan corrective wave. Semoga artikel ini telah menjawab soalan apa itu catalyst dalam saham.