Cara Gabungkan Indikator Teknikal Saham

Teknikal analisis merupakan salah satu analisis daripada tiga analisis yang utama iaitu sentimen dan fundamental. Teknikal analisis ini dilaksanakan bagi mencari harga yang terbaik untuk dibeli atau dijual di dalam sesuatu kaunter. Kali ini, saya akan terangkan cara bagaimana nak gabungkan indikator teknikal saham ini menjadi satu set sistem trading yang cantik

Apa itu Analisis Teknikal Saham?

Analisis teknikal saham adalah satu teknik untuk mencari kebarangkalian untuk sesuatu kaunter naik atau turun melalui penelitian data semasa. Data tersebut bertindak seiring dengan pergerakan harga semasa dan biasanya menggunakan formula matematik yang khusus untuk mendapatkan sesuatu jawapan.

Berapakah Jenis Indikator Teknikal Saham

Anda akan menjumpai berbagai-bagai indikator teknikal saham. Namun, tahukah anda semua jenis indikator teknikal ini mempunyai kelas masing-masing. Dibawah merupakan senarai kelas indikator teknikal.

  1. Trend : Digunakan untuk mencari trend sesuatu kaunter. Ianya akan menentukan sama ada kaunter tersebut telah uptrend ataupun downtrend. Sekiranya telah mengetahui trend kaunter tersebut, barulah seseorang pelabur akan mula menentukan sama ada ingin buy,sell atau hold. Contoh indikator yang terdapat dibawah trend adalah Moving Average.
  2. Oscillator : Digunakan untuk mengukur momentum sesuatu trend. Ianya akan menentukan sama ada kaunter tersebut mempunyai momentum atau tidak bagi sesuatu trend itu terbentuk. Contoh indikator yang tersenarai dibawah Oscillator adalah RSI atau Stochastic. Kebiasaannnya indikator berjenis Oscillator akan mempunyai bacaan paras Overbought dan Oversold.
  3. Volume : Digunakan untuk melihat data transaksi jualan dan belian sesuatu kaunter. Ia juga bertindak sebagai supporting information untuk mengesahkan reversal ataupun breakout.
  4. Pattern : Digunakan untuk mengesan corak pergerakan harga sesuatu kaunter. Ia akan mengenalpasti sama ada double top telah terjadi atau tidak ataupun pembentukan formasi candlestick.

Bagaimana untuk Menggabungkan Semua Indikator Teknikal Saham?

Caranya amat mudah, anda haruslah memilih satu indikator pada setiap kelas. Secara amnya. anda akan mempunyai sekurang-kurangnya 3 indikator dalam satu masa. Sebagai contoh anda boleh menggunakan set indikator dibawah.

  1. Trend : Moving Average
  2. Oscillator : RSI
  3. Volume : Volume
  4. Pattern : Candlestick Formation

Jadi, bagaimana untuk menggunakan semua maklumat yang diberikan? Pertama anda harus detect trend kaunter menggunakan indikator saham moving average. Anda lihat price telah berada diatas garisan MA dan tahu bahawa price sedang uptrend.

Kemudian anda lihat kedudukan RSI, anda lihat ia baru sahaja melantun dari kawasan Oversold, oleh itu anda percaya price akan meneruskan kenaikan yang lebih tinggi. Untuk signal entry, anda lihat terjadi satu pembentukan Bullish Engulfing yang disertakan dengan surge volume yang tinggi. Jadi anda yakin bahawa price akan meneruskan lagi kenaikan dan menghampiri TP yang anda set.

Kelemahan Indikator Teknikal Saham

Kebanyakan indikator saham bersifat lagging. Mereka memerlukan price bergerak terlebih dahulu untuk generate data kepada visual. Perkara ini adalah perkara yang perlu anda terima dan untuk mengatasi kelemahan ini anda harus blendkan dengan analisa fundamental serta sentimen.

Kesalahan Pelabur Yang Melakukan Teknikal Analisis

Kebanyakan mereka sering kali salah dalam merangka susunan indikator saham dalam melakukan pelaburan. Dua masalah popular yang dilakukan oleh para pelabur adalah :

  1. Tiada keseluruhan elemen indikator. Sebgai contoh pelabur A hanya mempunyai trend indikator tetapi tiada volume indikator
  2. Mempunyai indikator dari jenis yang sama lebih dari satu. Seabagai contoh pelabur A mempunyai trend indikator Bollinger Band dan ditambah dengan Parabolic SAR. Ia hanya akan menyerabutkan chart dan mengelirukan pelabur.

Kesimpulan

Teknikal analisis merupakan satu perkara yang penting untuk seorang pelabur pelajari. Dengan adanya ilmu teknikal analisis, anda secara tidak langsung mempercepatkan masa untuk anda mendapat capital gain serta mempunyai idea dimanakah harga yang terbaik untuk dipilih sebelum membeli saham. Tiada indikator teknikal analisis yang terbaik, namun dengan kombinasi indikator dari berbagai kelas, ia akan membantu anda secara keseluruhannya dalam perjalanan anda sebagai seorang pelabur.

Baca : Screener Saham Terbaik

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →