Screener Saham Terbaik dan Percuma

Bismillahirrahmanirrahim

Screener saham merupakan salah satu tool yang amat berguna untuk para pelabur. Tanpa tool ini, agak sukar untuk seseorang pelabur memilih dari ribuan saham yang diniagakan didalam bursa malaysia. Artikel kali ini akan menerangkan mengenai apakah screener saham terbaik dan percuma yang boleh pelabur gunakan.

Apa itu Screener Saham?

Screener saham merupakan sebuah tool yang digunakan untuk menyaring ribuan saham yang ada berdasarkan parameter atau karakteristik yang telah ditetapkan oleh pelabur itu sendiri. Dengan melakukan saringan tersebut, maka pelabur akan mendapat set saham yang menepati kriteria yang diingini oleh pelabur itu sendiri. Antara screening parameter yang selalu digunakan oleh para pelabur adalah parameter CANSLIM dan juga 5 MAGIC NUMBER.

Senarai Screener Saham Terbaik

Antara screener saham yang terbaik dan percuma yang boleh anda gunakan adalah seperti dibawah:

  1. Trading View Screener
  2. Malaysia Stock Biz Screener

Jadi selepas anda daftar diri untuk menggunakan screener diatas, anda boleh masukkan parameter yang anda inginkan dari segi technical, fundamental ataupun deskriptif saham itu sendiri. Sebagai contoh anda boleh gunakan parameter seperti dibawah:

  1. PE : Kurang dari 20
  2. ROE : Lebih dari 10
  3. DER : Kurang dari 2
  4. Net Margin : Lebih dari 10%
  5. Moving Average : Break Uptrend

Jadi, selepas anda meletakkan parameter seperti diatas, maka screener hanya akan memaparkan saham yang mempunyai kriteria yang anda ingini. Selepas mendapatkan set saham yang anda ingini anda boleh simpankan dalam bentuk excel dan masukkan kedalam watchlist anda.

Mengapa Screener Saham Tradingview merupakan Screener Percuma terbaik.

Secara peribadi, saya amat menyukai screener tradingview. Selain mempunyai banyak setting yang boleh digunakan, ia juga memberi kemudahan untuk meletakkan watchlist serta informasi yang berkaitan dengan satu klik. Bayangkan, anda tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan maklumat dari berbagai website, tetapi dapat dikumpulkan didalam tradingview sahaja.

Walaupun informasi yang ditawarkan merupakan informasi yang asas, namun sudah mencukupi untuk pelabur seperti saya untuk tahu apakah saham tersebut, core perniagaan yang ditawarkan serta unjuran keuntungan sebelum itu.

New features added to the Stock Screener – TradingView Blog
Contoh screenshot screener tradingview

Apakah Kelebihan Screener Saham Yang Berbayar

Screener saham yang berbayar seperti isaham sudah pasti mempunyai ciri ciri yang lebih advance. Anda boleh lihat berbagai bagai jenis standard parameter yang telah disediakan oleh mereka. Dengan ini, anda tidak perlu lagi memikirkan apa set parameter yang anda ingini bagi para pelabur baru kerana tim mereka telah menyiapkan set set parameter screening dan anda boleh gunakan mengikut citarasa anda.

Soal berbaloi atau tidak menggunakan screener saham berbayar berbanding screener saham percuma terpulang kepada individu itu sendiri. Bagi saya, sudah mencukupi untuk saya menggunakan screener saham percuma. Tradingview merupakan screener saham percuma terbaik bagi pengamatan saya kerana selain ianya mesra pengguna terdapat berbagai variasi yang diberikan untuk anda setkan parameter anda sendiri.

Kesimpulan

Menguasai cara bagaimana untuk menggunakan screener saham merupakan satu ilmu yang harus dipelajari dan ada pada setiap pelabur. Ini kerana, ianya sangat membantu pelabur untuk memilih saham yang berpotensi tinggi dan memberi jangkaan keuntungan yang menarik terhadap pelaburan mereka. Diharap artikel ini telah menjawab persoalan anda tentang apakah screener saham yang terbaik untuk pelabur di Malaysia.

Cutloss Dalam Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →