Checklist Metode FIFO dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahim

FIFO merupakan satu istilah yang sangat popular dalam kalangan pelabur. Namun, ia mungkin menjadi satu terma jargon bagi orang baru. Artikel ini akan menyentuh mengenai maksud FIFO, teknik FIFO serta penggunaan lot yang sesuai untuk mempraktiskan teknik ini.

Maksud FIFO Dalam Saham

FIFO bermaksud First In First Out. Entry pertama yang anda buat, dan entry pertama juga yang anda akan exit. Dalam dunia Forex, ia dipanggil sebagai scalper. Mereka ini kebanyakannya datang daripada pelabur Intraday yang ingin membuat untung dalam masa yang singkat.

Metode FIFO Dalam Saham

Dibawah adalah senarai bagaimana untuk melaksanakan FIFO dengan berjaya dan berkesan.

  1. Anda perlukan modal yang besar kerana lot yang akan anda beli adalah 500 lot keatas.
  2. Anda harus menguasai teknikal analisis. Ianya terpulang kepada teknikal entry masing-masing dan saya tidak akan jelaskan bahagian ini.
  3. Sebaiknya menggunakan Lower Timeframe sekitar TF H1 kebawah
  4. Target TP anda adalah sekitar 1-3 sen sahaja, bagi super penny, mungkin sekitar 1-2 sen
  5. TP mesti harus ditutup sebelum berakhir sesi kedua
  6. Pilih kaunter the most active untuk melakukan FIFO. Dengan banyaknya urusan jual beli, ia bermaksud terdapat momentum dan mudah untuk harga hit target Price.

Keburukan FIFO dalam Saham

Walaupun FIFO menjanjikan keuntungan dalam masa yang singkat, namun cara ini juga dapat memerangkap diri seorang pelabur untuk tersangkut di dalam kaunter yang kurang berpotensi. Mereka yang melakukan FIFO kebiasaannnya tidak mengambil kisah terhadap penilaian kaunter syarikat tersebut melalui fundamental analisis.

Perkara ini adalah benda yang biasa kerana FIFO tidak memerlukan kepada valuation company kerana target mereka adalah capital gain, bukan kepada dividen yield. Walaupun begitu, dunia pelaburan sangat berkait rapat dengan psikologi. Oleh itu, rata-rata yang melakukan FIFO tidak mempunyai disiplin untuk cutloss apabila kaunter tersebut tidak menjadi untuk lakukan FIFO. Oleh itu, mereka terus tersangkut di dalam kaunter yang tak cantik.

Cara Mengatasi Masalah bagi Pengamal FIFO

Untuk melakukan FIFO, adalah disarankan untuk mengikuti langkah dibawah bagi mengurangkan risiko yang bakal dihadapi oleh pelabur FIFO.

  1. Sekiranya anda seorang yang tidak berani untuk melakukan Cutloss, anda disarankan untuk buy pada kaunter yang mempunyai fundamental value yang cantik. Dengan ini, jika anda telahpun tersalah buy, anda boleh tukarkan mode FIFO kepada Swing Kaunter.
  2. Jika anda seorang yang pening untuk melihat carta di Lower Timeframe, Stick pada TF D1 sahaja. Tidak sukar untuk price rebounce atau bergerak beberapa bids kerana volume yang diambil kira pada TF D1 adalah lebih besar.

Kesimpulan

FIFO hanyalah baik dilaksanakan bagi mereka yang faham tentang mekanik pasaran dan juga telahpun menguasai analisa teknikal. Bagi pelabur baru, tidak disarankan untuk melakukan FIFO kerana dikhuatiri membuatkan emosi terganggu dan bakal melakukan revenge trading apabila price tidak mengikuti analisa yang dilakukan.

Cara Scan Kaunter Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →