Cara Scan Kaunter Saham Bakal Meledak Setiap Bulan

Bismillahirrahmanirrahim

Pernahkan anda menghadapi masalah untuk memilih manakah saham yang mampu boom dalam setiap bulan? Adakah anda pernah kusut mencari cara scan kaunter yang boleh menjimatkan masa anda? Dalam masa yang sama, mesti anda ragu untuk membeli screener berbayar kerana takut tidak tahu cara bagaimana untuk menggunakannya? Artikel ini akan bantu anda untuk scan kaunter saham, pilih saham serta membeli saham yang mungkin BOOM pada bulan tersebut.

Kepentingan Scan Kaunter Saham

Mengapa penting untuk scan kaunter saham. Untuk makluman anda, di bursa saham Kuala Lumpur sahaja, anda akan dapat lihat sekitar 900 lebih kaunter yang disenaraikan dan mempunyai spesifik pergerakan harga yang unik bagi setiap kaunter. Jika ditolak dengan saham yang patuh syariah, ada lebih kurang sekitar 700+ kaunter dan anda tidak mampu untuk melakukan analisa terhadap semua kaunter tersebut.

Oleh itu, cara scan kaunter saham adalah dengan menggunakan screener. Dengan melakukan screening terhadap saham yang anda ingin beli, anda akan mendapatkan kesemua saham yang menepati kriteria yang anda inginkan. Terdapat banyak set parameter cara scan kaunter saham dan antara contoh-contohnya adalah seperti dibawah :

  1. CANSLIM
  2. Fundamental
  3. Trending
  4. Intra

Tool Untuk Scan Kaunter Saham (Screener Saham)

Anda boleh mendapatkan banyak screener yang boleh anda gunakan untuk scan kaunter saham untuk dibeli. Jika anda inginkan screener yang percuma, saya mencadangkan agar anda menggunakan screener yang disediakan oleh Tradingview. Malah, banyak broker yang menggunakan chart yang dipaparkan oleh tradingview sebagai servis kepada klien mereka. Anda boleh klik pada pada url ini untuk mendapatkan screener anda disini – Screener Trading View

Parameter Kriteria Untuk Pilih Saham Yang Berpotensi BOOM

Nah, sekarang saya akan dedahkan saham mana yang boleh BOOM dalam masa tempoh sebulan. Keputusan trading adalah tidak tetap namun berdasarkan kajian yang dilaksanakan dan pengalaman yang telah dilalui oleh kebanyakan ramai trader saham, ianya boleh dijadikan sebagai panduan kepada anda untuk melakukan stock picking saham untuk dibeli. Parameter-parameter dibawah adalah seperti berikut.

  1. Volatility
  2. Gap
  3. Volume
  4. Moving Average Rating

Volatility bermaksud kerancakan harga. Dengan mempunyai kerancakan harga yang tinggi, maka price mudah untuk bergerak lebih besar dan pergerakan yang besar memberikan gambaran bahawa keuntungan yang besar juga boleh diperolehi. Terdapat banyak cara untuk mengukur volatility dan cara yang paling popular adalah dengan memilih saham yang mencapai top gain pada hari sebelumnya.

Namun, secara peribadi, saya lebih melihat kepada bandingan floating stock dan outstanding stock. Floating stock adalah jumlah saham yang boleh didagangkan manakala outstanding stock merupakan saham yang dikeluarkan oleh syarikat. Formulanya adalah semakin tinggi floating stock semakin rendah volatility manakala semakin rendah floating stock semakin tinggi volatility.

Saya mencadangkan agar anda memilih saham yang mempunyai 50% atau 1/3 floating stock. Mudah sahaja untuk anda tentukan sama ada ianya volatile atau tidak. Sebagai contoh, saham A mempunyai 1 juta saham dan floating stock sebanyak 500,000 unit. Maka saham A adalah sesuai untuk dipilih.

Gap bermaksud open price tidak sama dengan close price. Terdapat dua jenis gap iaitu positif gap (price dibuka lebih tinggi dari close price) dan negatif gap (price lebih rendah dibuka dari close price sebelum.) Jika gap berlaku, ia menunjukkan terdapatnya permintaan yang luar biasa sehingga price berjaya ditolak lebih tinggi atau lebih rendah dari close price.

Untuk Gap ini, anda cuma fokus kepada positif gap ketika uptrend, manakala negatif gap ketika downtrend. Anda boleh gunakan apa sahaja indikator trend namun saya sarankan untuk gunakan Bollinger Band kerana ia merangkumi semua yang anda inginkan iaitu momentum dan juga trend pasaran.

Volume bermaksud jumlah transaksi yang berlaku sama ada buyer atau seller dalam satu masa tertentu. Kelebihan volume adalah anda boleh mengetahui siapakah yang menguasai pasaran pada ketika itu sama ada buyer atau seller. Di dalam parameter ini, apa yang anda inginkan adalah mencari volume yang luar biasa ataupun melebihi jumlah average volume harian. Sebagai contoh, jika saham A mempunyai average volume sekitar 50,000 transaksi harian, pada hari Khamis terdapat spike volume iaitu sebanyak 80,000 volume harian.

Untuk mencari saham yang mempunyai volume yang luar biasa dari average volume, anda akan gunakan RVOL ataupun relative Volume. Kebanyakan trader saham bersetuju untuk menggunakan bacaan 3 keatas sebagai penanda aras bahawa volume tersebut melebihi dari volume biasa. Bacaan 3 bermaksud volume trade adalah 3 kali ganda daripada volume biasa.

Untuk moving average rating, anda akan mengetahui adakah kaunter tersebut sedang uptrend atau downtrend. Terdapat beberapa bacaan yang akan keluar iaitu :

  1. Strong Buy
  2. Buy
  3. Neutral
  4. Sell
  5. Strong Sell

Moving average rating akan bergandingan dengan gap yang mana jika uptrend, hanya fokus kepada positif gap manakala jika downtrend fokus kepada negatif gap.

Untuk praktikal yang lebih lanjut, sila tonton pautan youtube yang saya sediakan.

Kelemahan Screener Saham Percuma

Setiap perkara yang percuma mempunyai limitasi tersendiri. Ia bermaksud teknik scan kaunter saham ini tidak sesuai untuk mereka yang trade secara intraday kerana screener ini mempunyai delay selama 15 minit. Oleh itu, ia tidak sesuai untuk mereka yang ingin trade pada timeframe yang lebih rendah. Untuk makluman cara scan kaunter ini fokus kepada pergerakan Daily.

Kesimpulan

Secara amnya, anda telahpun mengetahui bagaimanakah cara scan kaunter yang boleh memberikan profit kepada anda. Parameter yang ditunjukkan adalah lebih bersifat teknikal tanpa perlu memberikan penekanan terhadap fundamental syarikat ataupun sentimen marko ekonomi. Sebagai penutup, saya sertakan sedikit infografik untuk anda save di dalam handphone anda sebagai rujukan.

Video penerangan cara scan kaunter saham

Rujukan

  1. The Boiler Room
  2. Andrew Aziz
  3. Google

Teknik Breakout Candlestick

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →