Teknik Breakout Candlestick Yang Mampu BOOM Trend Sampai Puncak

Bismillahirrahmanirrahim

Adakah anda seorang yang suka trade pada breakout? Boleh saya tahu berapa banyak kali teknik breakout candlestick yang anda cuba apply tapi akhirnya price patah balik sampai anda meleleh air mata tengok floating merah? Artikel kali ini saya akan cuba selesaikan masalah teknik breakout candlestick anda dan menyinari kembali senyuman anda yang telah hilang.

Lihat bagaimana dengan sedikit trick, mampu membuatkan anda tersengih seorang diri.

Candlestick Pattern Tasuki

Kebiasaan trader, mereka suka menggunakan teknik marubozu dan juga bullish atau bearish engulfing sebagai teknik breakout mereka. Namun, tidak ramai yang tahu dan menggunakan candlestick pattern tasuki. Jadi, saya akan terangkan dahulu apa itu candlestick pattern tasuki.

Tasuki atau Window merupakan satu candlestick pattern bersifat continuation yang terjadi apabila terdapat gap yang berlaku antara candlestick terbaru dengan candlestick yang sebelumnya. Gap tersebut juga dikenali sebagai Window. Terdapat dua jenis gap iaitu upward tasuki dan downward tasuki. Upward tasuki terjadi ketika uptrend manakala downward tasuki terjadi ketika downtrend.

Playing The Gap - We Explain The Psychology Behind This Analysis Tool -  Commodity.com
Commoditydotcom

Ciri-Ciri Kekuatan Candlestick Tasuki

Terdapat 3 ciri yang perlu diambil kira ketika ingin menjadikan tasuki ataupun window sebagai signal entry. Ciri-ciri ini harus dipandang berat bagi memastikan kebarangkalian candlestick pattern tasuki ini adalah tinggi. Dibawah merupakan ciri-ciri tersebut.

  1. Pembentukan Candlestick Formation Tasuki.
  2. Kedudukan Tasuki
  3. Volume Tasuki

Untuk memastikan teknik breakout candlestick ini berjaya, kita perlu confimkan bahawa candlestick tersebut benar-benar membentuk tasuki. Pertama perhatikan terdapat gap antara kedua candlestick. Kedua, pastikan candlestick tersebut sama warna sama ada bullish dengan bullish atau bearish dengan bearish. Candlestick yang berlawanan warna tidak boleh diambil kira.

Tasuki haruslah terjadi dikawasan Support and Resistance dan telah melakukan breakout. Dengan ini, kita percaya bahawa trend kaunter tersebut akan melonjak dengan lebih jauh disebabkan price berjaya breakout dengan pembentukan tasuki. Abaikan formation candlestick ini jika ianya tidak berlaku dikawasan support atau resistance. Pastikan tasuki selari dengan trend semasa, yang bermaksud jika price sedang uptrend, fokus untuk mencari tasuki yang break resistance (upward tasuki) dan vice versa untuk downtrend.

Ketiga, volume tasuki. Volume candlestick pertama mestilah lebih kecil daripada volume candlestick kedua. Ia menunjukkan bahawa pertambahan jumlah buyer atau seller telah meningkat dan mampu untuk force price terjun atau meroket dengan lebih jauh.

Contoh Penggunaan Teknik Breakout Candlestick Tasuki di Chart

Contoh downward tasuki yang terjadi di kaunter Homeritz

Kesalahan Umum Breakout Candlestick Tasuki

Antara kesalahan umum yang selalu dibuat oleh para pengguna tasuki atau breakout adalah seperti berikut:

  1. Mengambil ringan kriteria-kriteria penting yang digariskan
  2. Trade ketika volume tak sepadan dengan tasuki
  3. Trade ketika tasuki berada berlawanan dengan arah trend.
  4. Trade tasuki yang tidak membentuk breakout.

RR dan CL Teknik Breakout Candlestick

Kebiasaannya apabila muncul candlestick formation ini, ia akan memberikan ratio risk reward yang cantik melebihi dari 1:2 dan kebiasaannya 1:3. Dengan ratio ini, profit akan melebihi loss pada akhir bulan trading anda. Untuk menentukan kawasan cutloss, boleh gunakan low candlestick pertama sebagai rujukan.

Kesimpulan

Bagi anda yang ingin menggunakan teknik breakout candlestick ini, pastikan anda mematuhi semua kriteria yang digariskan. Jangan terus masuk entry apabila terjadi gap. Bagi menentukan level cutloss, anda boleh letakkan dibahagian bawah candlestick pertama sebagai level Cutloss. Sila download carta cheatlist dibawah untuk kegunaan anda semasa menggunakan tasuki. Video penerangan juga disediakan bagi meningkatkan lagi kefahaman anda. Sekian terima kasih.

Video penerangan mengenai teknik breakout tasuki

Rujukan

  1. Steve Nison Candlestick Chart
  2. Webinar oleh Haji Zainal Arifin bin Osman

Apa itu NTA Dalam Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →