Apa itu NTA Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Fundamental analisis penuh dengan berbagai-bagai istilah perakaunan yang mengelirukan bagi mereka yang tiada asas perakaunan. Contohnya seperti balance sheet, PEG, Goodwill dan sebagainya. NTA ataupun net tangible asset tak terkecuali sebagai salah satu istilah yang mengelirukan. Artikel ini akan mengupas tentang apa itu NTA di dalam fundamental analisis

Apa itu NTA Dalam Saham

NTA ataupun Net Tangible Asset merupakan keseluruhan aset syarikat selepas ditolak asset-asset intangible seperti Goodwill, logo, trademark, patent hak cipta dan sebagainya. Dalam erti kata lain NTA fokus kepada aset aset fizikal seperti bangunan, kenderaan dan jentera berat.

Penjelasan Mengenai Net Tangible Asset

Net Tangible Asset menunjukkan berapa banyakkah aset fizikal yang dimiliki oleh syarikat selepas ditolak aset bukan fizikal dan juga liabiliti lain. Liabiliti lain adalah seperti kos bayaran operasi bulanan, kos kepada penyewa, hutang-hutang perkhidmatan dan sebagainya. Sebagai contoh, sebuah syarikat mempunyai anggaran aset kasar berjumlah RM 1 juta ringgit. Selepas ditolak liabiliti sebanyak RM 100,000 ditolak lagi dengan aset aset bukan fizikal berjumlah RM 100,000 maka nilai aset fizikal adalah sebanyak RM 800,000.

Formula Kiraan Net Tangible Asset

Formula kiraan NTA adalah seperti berikut.

  1. NTA = Jumlah aset – Aset bukan fizikal – Liabiliti

Antara contoh contoh aset bukan fizikal ataupun Intangible asset adalah

  1. Hakcipta
  2. Perlesenan
  3. Tuntutan
  4. Jenama
  5. Paten
  6. Tanda Dagang
  7. Goodwill

Antara contoh-contoh liabiliti pula adalah seperti berikut :

  1. Bayaran insurans
  2. Hutang jangka pendek
  3. Hutang jangka panjang
  4. Khidmat Guaman
  5. Cukai

Kebiasaanya nilai NTA telah diberikan tanpa anda perlu untuk mengira secara manual. Selain itu NTA ini juga digunakan untuk mendapat kiraan Return on Asset (ROA) yang menjelaskan tahap keberkesanan Aset syarikat dalam menjana keuntungan. Sebagai contoh sebuah mesin fotostat mampu memberikan keuntungan sebanyak RM 5000 setahun dengan aktiviti fotokopi syarikat.

Kesimpulan

Indikator Net Tangible Asset merupakan antara elemen fundamental syarikat yang sangat digemari dalam kalangan pelabur. Oleh itu, adalah satu kemestian kepada para pelabur untuk mempertimbangkan NTA sesebuah syarikat sebelum melabur. Diharap artikel ini telah menjawab soalan pokok iaitu apa itu NTA dalam saham.

Cara Menggunakan Pivot Point Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →