Bagaimana Cara Menggunakan Pivot Point Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Bagi trader yang menggunakan analisa teknikal, penggunaan support and resistance sebagai zone of entry sememangnya tidak boleh lari. Ada berbagai cara yang digunakan untuk menentukan support and resistance. Salah satunya adalah pivot point. Artikel ini akan menerangkan cara menggunakan pivot point dalam saham serta penerangan yang berkaitan dengannya.

Apa itu Pivot Point Dalam Saham

Pivot point merupakan salah satu indikator teknikal yang menentukan trend semasa serta level level reversal yang berkemungkinan akan berlaku. Indikator ini terdiri daripada beberapa point iaitu :

  1. Pivot Point : Line PP ini akan menentukan sama ada trend hari itu adalah uptrend atau downtrend. Jika harga kaunter dibawah line PP ia bermaksud downtrend, manakala jika price berada diatas PP ia bermaksud uptrend.
  2. R1-R4 : Ia merujuk kepada line resistance. Line line ini digunakan oleh kebanyakan pelabur sebagai zone entry ataupun profit taking. Untuk point entry, biasanya mereka menggunakan teknik breakout
  3. S1-S4 : Ia merujuk kepada line Support. Kebiasaannya digunakan untuk menandakan kawasan Cutloss.

Rumus Pivot Point Saham

Berikut merupakan rumus pivot point yang boleh anda gunakan.

  • P=High+Low+Close​/3
  • R1=(P×2)−Low
  • R2=P+(High−Low)
  • S1=(P×2)−High
  • S2=P−(High−Low)

Kini banyak kalkulator kalkulator pivot point yang anda boleh dapatkan secara percuma diinternet. Secara amnya, mereka mengambil maklumat daripada hi lo dan closing price pada harga terdahulu lalu digunakan untuk mencari kesemua line Pivot Point tersebut.

Cara Menggunakan Pivot Point Dalam Pelaburan Saham

Ianya merupakan indikator sokongan yang sangat membantu anda bagi anda yang tidak tahu bagaimana untuk menandakan kawasan support dan resistance ataupun sering kali keliru untuk melukis snr dengan baik. Untuk makluman anda, cara melukis snr walaupun nampak mudah tapi secara pengalamannya, agak sukar untuk menentukan dimanakah SnR yang paling signifikan walaupun semua tips telah diikuti.

Walaupun Pivot Point tidak menjamin signifikasi level SnR, namun konsistensi yang ditunjukkan melalui kiraan matematik adalah satu kelebihan yang harus kita gunakan. Seperti mana yang anda tahu, pivot point menunjukkan level-level harga yang boleh dijadikan sebagai rujukan entri atau exit. Oleh itu, anda harus tahu dahulu apakah trend secara keseluruhan. Adakah pergerakan semasa mengikut arah trend utama ataupun retracement sedang berlaku ataupun reversal trend sedang berlaku.

  1. Jika sedang melalui fasa retracement trend Sell, maka anda boleh cari peluang Buy di kawasan S1 – S4 ataupun Support. Anda boleh gunakan CRS sebagai signal entry anda.
  1. Jika sedang melalui fasa projection, anda boleh cari peluang buy di kawasan R1 – R4 ataupun resistance. Anda boleh gunakan candlestick continuation pattern seperti marubozu sebagai signal entry anda. Pastikan clean breakout berlaku sebelum melakukan entry.

Kesimpulan

Menggunakan pivot point di dalam pelaburan saham anda merupakan satu tindakan yang bijak. Secara personal, saya juga menggunakan pivot point sebagai level untuk TP. Dengan menggunakan Pivot point saya dapat menjangkakan bahawa price yang terpantul di kawasan pivot point merupakan had yang paling tinggi yang saya ketahui. Jika price pergi lebih tinggi dari kawasan R4, saya tidak perlu untuk merasa FOMO kerana objektif saya untuk mengekalkan RR 1:3 tetap tercapai dengan menggunakan pivot point indikator dalam saham.

Cara Membaca Market Depth Chart Saham

Iqbal Aman

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →