Ramai Newbies Menyesal Sebab Tak Tahu Spot Saham Goreng

Bismillahirrahmanirrahim

Tahukah anda semua, banyak trader sama ada newbies ataupun yang dah otai sekalipun pernah terjebak membeli saham goreng? Kebanyakan dari mereka yang membeli saham goreng selalu akan tersangkut pada harga yang terlalu tinggi dan menyebabkan mereka terkapai kapai di lautan harga yang memerah. Jadi artikel ini saya akan terangkan maksud saham goreng, ciri-ciri saham goreng serta contoh untuk mengenal pasti kaunter kaunter yang ingin digoreng.

Contoh saham yang digoreng sehingga hangit

Maksud Saham Goreng

Saham goreng adalah saham yang mempunyai kenaikan luar biasa yang dicipta oleh ramai spekulator pasaran. Untuk menjayakan gorengan ini, mereka akan kompang kepak kepak gebung gebung pada orang ramai bahawa saham tersebut best untuk dibeli.

Jadi, selepas kompang berbunyi, akan ada trader yang mempunyai masalah FOMO telah menghentak button BUY sehingga keluar error dan akhirnya menjadi mangsa gorengan spekulator. Mereka akan gelak mengekek seperti ikan kekek mak iloi iloi apabila melihat trader tersangkut pada puncak harga dengan gemilang cahaya oyeah.

Kesan Saham Goreng Kepada Trader

Saya akan senaraikan apakah kesan yang akan dihadapi oleh trader yang trade saham goreng.

  1. Posisi auto lose. Tak pasti sampai bila nak tunggu price break even. Mungkin mereka terpaksa menunggu hingga hujung nyawa
  2. Hari-hari menikam hati apabila terpaksa melihat warna merah yang akhirnya memberikan satu sensasi kesedihan secara tiba-tiba.
  3. Kehabisan peluru untuk entry dan terpaksa mengelap air liur melihat kaunter lain yang setup level Emma Maembong.

Sekarang, anda dah tahukan kesan yang dihadapi mereka yang seronok dengan kaunter goreng. Adakah anda masih lagi ingin bersama-sama menggoreng? Atau anda yang akan digoreng menjadi rencah nasi goreng?

CIri-Ciri Saham Goreng Yang Perlu Newbies Tahu

Memandangkan newbies seperti kubis sentiasa menjadi makanan spekulator terlaknat, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan rahsia ciri-ciri saham goreng ini. Biarlah saya diseksa, diterajang, namun ilmu ini harus disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Jangan risau (sambil mengangkat emoji good).

Saham goreng tak boleh nak dianalisa dengan disiplin teknikal analisis. Nak guna candlestick pattern, tak nampak hala tuju, nak guna MA, price kejap kat atas kejap kat bawah. Kalo asyik break MA je, lama lama putus lak line MA tu. Jadi secara asasnya, saham goreng ni susah nak dibaca melalui teknikal analisis

Pattern candle yang tah hape hape merupakan indikator awal saham ni jenis goreng delicious

Dari segi fundamental, kenaikan harga langsung tak disokong oleh apa apa catalyst atau good news. Korek dekat the edge takde maklumat, tengok company announcement pun sekadar announcement tukar direktor je. Malah company pulak QR sebelum rugi sampai menyelam ke dasar. Mungkin kepositifan para direktur menyebabkan harga naik?

Selalunya kaunter goreng akan disenaraikan di dalam UMA ataupun Unsual Market Activiti. Antenna bip bip bip BSKL dah mengesan kenaikan volume yang meroket tak tentu pasal dan terus masuk dalam watchlist diorang. Biasanya kenaikan melebihi 20% sehari akan meletakkan saham goreng dalam watchlist mereka. JIka berlaku sehingga dua hari berturut-turut, maka kaunter tersebut akan dikenakan Limit Up, untuk melindungi trader level bilis pangkor yang tak habis habis digoreng hey nasi goreng.

Bid Ask dalam market depth untuk saham goreng ni pun kelakar. Diorang akan beli lot kecik kecik je, tapi secara keseluruhannya volume meroket mencokeng ke bulan. Beli dalam 1 lot 1 lot 1lot. Kenapa dia buat begini? Supaya candle akan kelihatan bullish berturut turut dan akan menarik perhatian trader untuk membeli.

Jumlah share pun kecil sekitar 150 juta unit kebawah je dan floating stock pun lagi rendah dalam 50% dari jumlah share contohlah 70 juta unit. Ini kalau kena cuit sikit je terus melatah. Sebab itu spekulator suka saham saham begini untuk digoreng, sebab secara prinsip supply and demand, semakin sikit barangan yang ditawarkan semakin tinggi harga yang ditawarkan. So, bila diorang boleh beli 1/3 dari saham yang diapungkan terus boleh menendang harga ke bulan.

Kesimpulan

Janganlah digoreng. Saya da terangkan apa maksud saham goreng, apa ciri ciri dia dan kesan yang trader hadapi bila terjebak dengan saham goreng. Oleh itu, ia menjadi tanggungjawab anda untuk mengelak daripada digoreng. Untuk kefahaman anda, saya bekalkan sedikit video penerangan serta infografik bagi mereka yang selalu suruh lukis sebab mata rabun tak leh baca tulisan kecil.

ALLAHUAHAD

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →