Ini Cara Simple Tentukan Jenis Gap Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Sebagai seorang trader/investor yang suka menggunakan analisa teknikal, pasti anda biasa menjumpai gap bukan? Gap mampu memberikan berbagai riak wajah kepada seorang pelabur. Jika ia gap up anda akan sengih dengan senyuman paling ngeri dan jika ia gap down anda akan menangis teresak esak. Tapi, masalah utamanya adalah anda tidak tahu bagaimana nak tentukan jenis gap ni. Fail tentukan jenis gap ni, maka bersedialah untuk cut loss dengan hati yang memberontak. Artikel kali ini akan bantu anda untuk kenali jenis gap up saham atau gap down saham.

Maksud Gap

Sebelum bermula, kita kena ketahui apa itu gap dalam saham. Gap adalah satu pergerakan harga yang tidak berterusan dengan harga sebelumnya. Sebagai contoh, hari Isnin price close pada RM 1, namun pada hari Selasa, price open pada RM 1.10. Ianya boleh terjadi sama ada menaik atau menurun. Di dalam chart, anda akan dapat lihat ada ruang kosong antara candlestick.

Kenapa Gap Berlaku?

Gap biasanya berlaku disebabkan order yang tiba tiba spike mendadak. Orang kampung saya cakap melantun lantun. Disebabkan order yang melantun lantun inilah yang menyebabkan terjadinya gap up ataupun gap down. Anda bayangkan harga close price semalam RM 1, tiba2 hari ini ada 1 juta lot order buy yang investor placing dalam market depth. Disebabkan order yang melimpah ruah ini, maka gap up terjadi supaya broker boleh fill order yang pelabur buat.

Anda pasti tertanya tanya kenapa gap dalam saham yang terjadi disebabkan limpahan order ini berlaku? Biasanya terdapat adanya catalyst sama ada baik dan buruk telah diumumkan. Oleh itu, mereka secara menggelabah cuba untuk react dengan news tersebut. Akhirnya ia akan berakhir dengan gap.

Sebagai contoh, saham ABC umumkan QR report diorang merosot, maka yang pegang saham ABC untuk jangka pendek pasti hilang pedoman dan terus nak jual saham mereka untuk meminimakan kerugian kononnya. So, disebabkan inilah ia telah membentuk gap pada keesokan harinya.

Jenis-Jenis Gap

Terdapat empat jenis gap yang perlu anda tahu :

  1. Breakaway Gap (Gap Up)
  2. Exhausted Gap (Gap Down)
  3. Common Gap
  4. Runaway Gap (Continuation Gap)

Breakaway gap terjadi apabila gap tersebut disertai dengan breakout pada paras resistance. Sebagai contoh, harga close semalam adalah RM 1 dan resistance di sekitar RM 1.10. Pada keesokan harinya terjadi gap yang dibuka pada harga RM 1.20. Gap ini dinamakan sebagai breakaway gap. Bukan break your heart. Itu cerita cinta anda. Saya tidak mahu peduli.

Trading Gaps. How to trade Gaps?

Apabila gap up terjadi, kebiasaanya ia akan meroketkan harga sehingga menabrak skrin monitor. Atau bahasa mudahnya, ia akan memulakan perjalanan uptrend. Jadi, boleh lah amik posisi terbaik untuk entri sama ada dalam keadaan berbaring, cangkung atau separuh berdiri.

Exhausted gap pula jadi waktu dihujung2 trend. Basicallya, gap ini akan fill in yang mana price akan tutup balik gap ni dan reverse. Pada mereka yang degil dan suka berharap, maka saranan saya untuk sediakan tisu yang basah untuk mengelap air mata anda yang telah lama kering.

Gaps: Breakaway Gap, Continuation Gap, Exhaustion Gap, and Common Gap

Common gap berlaku dalam keadaan yang normal. Semuanya normal tapi dia mengada-ngada nak gap tak memasal. Takde berita atau catalyst yang menolak gap. Ia just mengada2. Jika anda jumpa common gap, abaikan je seperti mana anda mengabaikan ibu dan ayah anda dikampung. Konon handal datang KL nak ubah nasib.

Gaps: Breakaway Gap, Continuation Gap, Exhaustion Gap, and Common Gap
Jadi dalam market yang ranging. Takde volume pun nak gap. Menyampah

Dan terakhir adalah runaway gap. Dalam masa anda sedang berlari, tiba tiba anda melompat. Itulah runway gap. Beza runway gap dengan breakaway gap adalah breakaway gap jadi waktu permulaan trend, manakala runway gap terjadi di tengah tengah trend. Ia boleh jadi waktu uptrend mahupun downtrend.

Cara Melakukan Entry dan Exit Menggunakan Gap

Untuk melakukan entry, saya sarankan untuk memberi fokus kepada Breakaway gap dan Runaway gap sahaja. Anda boleh terus melakukan entry secara manual apabila candlestick telah complete. Jika TF D1, tunggu lah sehingga market tutup, jika TF H4, tunggu lah 4 jam tu tutup. Jangan cuba untuk masuk sebelum candlestick forming up secara complete. Jangan samakan hidup anda yang tak sempurna mempengaruhi urusan candlestick kaunter.

Bagi level Cutloss pula, saya sarankan untuk anda placingkan level tersebut pada low candlestick sebelumnya. Jika tak paham, boleh rujuk lukisan saya kerana a picture paint a thousand word.

Kesimpulan

Akhir kata, saya telahpun menerangkan kepada anda apa itu maksud gap up saham serta jenis dan cara bagaimana untuk menggunakannya. Sekarang, giliran anda untuk anda mempraktiskan (jika ia bersesuaian) dalam style trading anda. Ingat, sentiasa utamakan breakway dan runaway gap sahaja. Untuk lebih kefahaman, saya sertakan infografik serta video korporat untuk anda tonton. Sekian terima kasih.

ALLAHUAHAD

Rujukan

  1. majalahlabur.com
  2. investopedia.com

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →