Bismillahirrahmanirrahim
Sesi dagangan dalam saham merupakan maklumat yang harus diambil tahu oleh para pelabur. Walaupun secara amnya kita ketahui bahawa pasaran saham di Malaysia bermula pada pagi sehingga petang, masih ada lagi perkara perkara yang perlu diberi penelitian. Artikel ini akan menjawab persoalan waktu bursa saham malaysia di dagangkan.
Sesi Dagangan Saham di BSKL
Secara amnya, pasaran saham di BSKL dibuka pada setiap hari Isnin-Jumaat bermula pada 0830H sehingga 1700H pada waktu tersebut, para pelabur boleh melakukan aktiviti jualbeli saham yang diingini selepas melakukan kajian yang mendalam terhadap sesuatu kaunter.
Antara perkara-perkara lain yang harus anda ketahui adalah :
- Dua sesi dagangan dalam BSKL
- Bursa Pre Opening
- Bursa Pre Closing
- Trading at last
Terdapat dua sesi dagangan dalam BSKL iaitu sesi pertama (pagi) dan sesi kedua (petang). Sesi pertama bermula dari 0830H sehingga 1230H manakala sesi kedua bermula dari 1400H – 1700H. Terdapat gap pada 1230H sehingga 1400H adalah untuk memberikan laluan kepada staf di BSKL untuk berehat dan makan tengahari.
Bursa Pre Opening dan Pre Closing pula adalah waktu yang diperuntukkan selama setengah jam kepada para pelabur untuk melihat susunan penjual dan pembeli melalui Theoritical Opening Price (TOP). Oleh itu, buyer dan seller boleh lihat melalui depth market berapa ramai yang sanggup beli atau jual dalam saham tersebut. Sebagai contoh, jika anda nak Buy saham XYZ, anda sudah bersedia pada 0830H dan melihat market depth beserta TOP. Contoh anda ingin Buy sebanyak 10 lot pada harga RM 1.00, anda akan lihat di bahagian seller berapakah seller yang sanggup jual 10 lot pada harga RM 1.00. Dari situ anda boleh adjust price mana yang anda nak untuk execute order anda. Namun, anda lihat hanya 8 lot ditawarkan untuk membeli pada harga RM 1, tetapi pada harga RM 1.10, terdapat 20 lot yang ditawarkan oleh seller. Oleh itu, anda adjust price anda kepada RM 1.10 supaya order anda akan terus match. TOP pula akan menjadi titik rujukan harga bagi para pelabur.
Jadi, sebelum market aktif semula anda boleh terus que dan order anda akan terus matched jika semuanya berjalan dengan lancar.
Trading at last pula merupakan 10 minit terakhir yang diberikan untuk para pelabur melakukan dagangan. Harga yang diambil hanyalah TOP yang telah dikira ketika pre clossing pada 1645H. Sekiranya order anda bukan pada harga TOP, maka dagangan tidak akan dilaksanakan. Sebagai contoh TOP adalah RM 1.00, anda ingin sell pada harga RM 1.10 dan ada buyer juga yang ingin buy pada RM 1.10, sistem akan reject kerana ianya tidak sama dengan harga TOP.
Trading at last diperkenalkan untuk mengelakkan manipulasi harga ketika pasaran ditutup dan membolehkan harga saham lebih stabil. Oleh itu secara tidak langsung ia menjadikan bursa saham sebagai tempat yang lebih selamat untuk berdagang.
Waktu Tidak Aktif Dagangan Bursa Saham Kuala Lumpur
Senarai waktu tidak aktif dagangan BSKL adalah seperti berikut :
- Sabtu dan Ahad
- Waktu cuti umum
- Hari yang diumumkan oleh BSKL untuk tidak beroperasi
- Lunch Hours
- Selepas 1700H sehingga 0830H
Semua order yang anda lakukan ketika waktu waktu diatas tidak akan dilaksanakan dan hanya akan masuk kedalam Que Order sahaja. Ianya akan di confirmkan sebaik sahaja market dibuka.
Kesimpulan
Sekarang, anda telah tahu waktu dagangan bursa saham di Malaysia dengan lebih mendalam. Oleh itu, gunakan maklumat yang anda ketahui untuk merangka strategi dagangan anda. Sekian terima kasih.