Penjelasan Simbol Dalam Saham Serta Kod Warna

Bismillahirrahmanirrahim

Dunia pelaburan kini telah beralih kepada digital platform. Selaras dengan kemajuan ini, platform yang dibangunkan juga harus dipelajari tentang teknikaliti yang ada dalam platform trading itu sendiri. Pasti ramai pelabur baru akan keliru semua maksud simbol dalam saham dan warna warna yang berbagai bagai itu. Jadi, artikel ini akan menjawab kekeliruan yang anda hadapi.

Mengapa Simbol Bursa Saham Diperkenalkan

Kod simbol dan warna diperkenalkan oleh bursa saham adalah sebagai salah satu features yang memberikan kemudahan kepada para pelabur untuk melakukan scanning terhadap saham yang ingin mereka pilih. Malah, dengan adanya kod simbol dan warna ini, ia akan memudahkan para pelabur untuk terus mendapatkan maklumat ringkas tapi penting sebelum memilih saham tersebut.

Senarai Simbol Dalam Saham Beserta Kod

Sumber : thekapital.my

Tanda * menunjukkan adanya pengumuman daripada syarikat. Kebiasaannya anda akan mendapat notifikasi dengan tanda seru dalam platform trading anda menandakan adanya pengumuman syarikat yang ingin diberitahu. Jika anda mempunyai pegangan kaunter yang terlibat, adalah wajar untuk anda membaca apakah pengumuman yang ingin diberitahu. Ia sedikit sebanyak akan menentukan hala tuju anda sama ada ingin sell atau hold.

Tanda bulat menunjukkan kaunter tersebut telahpun melepasi saringan komiti syariah. Oleh itu, bagai pelabur muslim, dengan adanya simbol ini, anda tidak perlu ragu-ragu untuk membeli saham yang mempunayi tanda bulat ini.

Tanda seru pula menunjukkan ianya merupakan kaunter yang berisiko dan hampir ditendang keluar. Biasanya kaunter ini adalah kaunter yang mempunyai masalah dalam mencari keuntungan dan akhirnya tidak layak untuk disenaraikan di papan bursa. Tindakan ini diambil bagi melindungi para pelabur untuk tidak melaburkan duit mereka dalam syarikat yang tiada potensi. Malah, sebelum di senaraikan di papan bursa, pihak syarikat harus melalui saringan yang ketat sebelum disenaraikan.

Simbol C dalam saham pula merujuk kepada pengumuman eksesais korporat yang merangkumi split share, consolidation, bonus issue, right issue. Simbol ini penting bagi mereka yang mengejar dividen dan dalam masa yang sama ingin mendapatkan capital gain. Ianya penting untuk anda ketahui bilakah exercise date sebelum corporate exercise ini dilaksanakan.

Simbol X pula merujuk eksesais korporat telah dilaksanakan dan harga telah diselaraskan. Kebiasaannya, share consolidation akan menyebabkan kenaikan harga manakala bonus issue, dividen dan share split akan menjatuhkan harga.

Bagi simbol F pula ia merujuk bahawa saham atau kaunter tersebut telah dibekukan. Ianya biasa terjadi kepada saham saham yang telah hit level limit up atau limit down. Disebabkan peningkatan dan penurunan harga yang terlalu mendadak, maka bursa saham akan membekukan pergerakan harga kaunter tersebut. Kemudian, syarikat tersebut harus menghantar surat penjelasan kepada bursa saham bagi memastikan tiada aktiviti spekulasi dilakukan. Kebiasaannya sesebuah kaunter akan freeze apabila hit limit up atau down selama 2 hari berturut-turut.

Simbol S menunjukkan saham tersebut telah digantung. ianya boleh terjadi sama ada ianya dipohon oleh pihak syarikat untuk suspend dahulu aktiviti jual beli atau bursa saham sendiri melakukan penggantungan disebabkan peraturan peraturan yang gagal dipatuhi seperti menghantar laporan kewangan suku tahunan kepada bursa saham bagi kegunaan para pelabur.

Sumber: thekapital.my

Untuk kod warna pula, ianya sangat mudah dan jelas. Ianya bagi menyokong semua penerangan simbol yang dinyatakan sebelum ini. Kod warna dibekalkan bagi membantu mereka yang mempunyai masalah untuk melihat simbol huruf yang kecil bagi sesetengah pelabur.

Kesimpulan

Mengetahui kesemua penerangan simbol dalam saham beserta kod warnanya adalah satu maklumat wajib yang perlu diketahui oleh para pelabur. Oleh itu, ambil masa anda sebelum melakukan trading untuk memahami setiap simbol yang diperkenalkan. Sekian terima kasih.

Waktu Bursa Saham Malaysia

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →