Cara Membaca Market Depth Chart Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Dunia pelaburan akan menghimpunkan kesemua buyer dan seller di dalam satu pasaran iaitu di Bursa Malaysia (untuk kes di Malaysia). Oleh itu kehadiran mereka akan merancakkan lagi aktiviti jual beli saham di sana. Namun, tahukah anda bagaimana untuk mengenali mereka? Maklumat ini boleh didapati melalui market depth. Topik kali ini akan membincangkan cara membaca market depth chart saham.

Apa itu Market Depth

Secara istilah market depth bermaksud kebolehan pasaran untuk menyerap jumlah order sama ada buyer atau seller dalam setiap tingkat harga. Ia secara langsung akan menunjukkan jumlah que buyer dan seller pada setiap tingkat harga. Dengan melihat berapa ramai que buyer dan seller ini, pelabur tahu dimanakah tingkat harga yang ramai penjual atau pembeli bagi menguruskan aktiviti jual beli. Info market depth ini dikemaskini secara real time.

Cara Membaca Market Depth Chart

graphic
contoh market depth dari bursa station

Terdapat beberapa maklumat yang perlu diketahui oleh para pelabur ketika melihat market depth. Maklumat tersebut adalah.

  • Level : ia menunjukkan senarai tingkat harga terdekat. Kebiasaannya ada 3 tingkat yang diberi percuma dan selebihnya harus dibayar. Paling banyak ada 10 tingkat
  • Price (Buy or Sell) : Harga yang ingin di jual atau dibeli
  • Buy/Sell Bar : Kuantiti buyer dan seller yang sedang que
  • Buy/Sell Volume : Jumlah lot yang ingin dibeli oleh buyer atau seller. Kadang-kadang ada yang menunjukkan figure based on unit. Jadi, boleh rujuk kepada broker masing-masing.

Jadi, bagaimana cara untuk membaca market depth? Cuba andaikan anda adalah seorang buyer, jika anda ingin beli saham tersebut, anda harus lihat kepada que Sell. Jika anda seorang seller maka anda akan lihat pada que buyer. Anda juga harus memastikan bahawa jumlah lot yang ingin dibeli atau dijual mencukupi dengan jumlah lot yang anda ingini.

Katakan anda ingin membeli pada price 6.460 sebanyak 200 lot, namun tingkat harga tersebut menawarkan lot sebanyak 143 sahaja. Oleh itu, order akan tidak akan match secara amnya. Maka, anda tukar order anda kepada harga 6.470, yang mana seller tawarkan lot sebanyak 390, barulah order anda akan match.

Terdapat broker yang menawarkan fungsi Fill and Kill (FAK) yang mana anda tetap ingin beli pada harga 6.460. Walaupun lot tidak mencukupi, broker tetap akan matchkan order tersebut dan lebihan order lot yang diterima akan dibuang. Jadi, order asal anda sebanyak 200 lot akan ditukar menjadi 143 lot sahaja. It only fill 143 lot and kill the other 57 lot.

Berapa Layer Market Depth

Kebiasaannnya market depth layer standard dan percuma yang ditawarkan oleh broker adalah 5 level. Ada juga yang memberikan sehingga 10 level yang mana saham tersebut mempunyai jumlah volume dagangan yang tinggi. Anda boleh rujuk kepada broker anda berkenaan dengan perkhidmatan market depth ini.

Market Depth Mplus 5 Layer

Kini, Mplus menawarkan servis 5 layer market depth secara percuma. Sekiranya anda seorang pengguna broker Mplus, maka servis ini harus lah dipohon kepada remisier anda dan mereka akan menguruskan permintaan anda. Kemudian anda boleh menikmati servis tersebut secara percuma.

Market Depth Analysis

Untuk melakukan market depth analisis, anda perlu tahu dua perkara ini.

  1. Thin Market Depth : Aktiviti dagangan yang tinggi mampu memberi kesan pergerakan harga saham secara ketara
  2. Thick Market Depth : Aktiviti dagangan yang tinggi tidak memberi kesan yang besar kepada pergerakan harga saham.

Kebanyakan thin depth market ada dalam kalangan kaunter Ace Board manakala thick market depth ada dalam kalangan Main Board. Sebab itu, ramai trader suka untuk membeli di Ace Board kerana kadar pergerakan yang laju dan mampu memberi pulangan yang memberangsangkan.

Market depth analisis dilakukan untuk melihat secara overall adakah kaunter tersebut ramai yang ingin membeli atau menjual. Jadi, apa yang penting adalah lihat dahulu berapakah jumlah lot yang ingin dibeli, kemudian barulah lihat kepada jumlah seller.

Jika anda lihat volume lot buyer melebihi seller, maka berkemungkinan price akan naik, manakala jika anda lihat volume lot seller melebihi buyer maka price mungkin turun. Selain itu, anda juga harus melihat kepada jumlah buyer atau seller. Sekiranya volume tinggi tetapi jumlah buyer atau seller sedikit, berkemungkinan adanya trader yang cuba speculate price kaunter tersebut.

Selain itu, anda boleh gunakan market depth sebagai immediate support and resistance. Anda boleh pilih tingkat harga mana yang paling tinggi volume lot dan jadikan ia sebagai SnR. Sebagai contoh pada harga 6.440 ramai Buyer yang ingin membeli iaitu sebanyak 194 lot. Jadi, anda boleh pilih tingkat harga ini sebagai support anda dan berkemungkinan price akan melantun dan menaik adalah tinggi.

Masalah dengan market depth analisis adalah que dan vol ini sentiasa berubah-ubah sepanjang masa. Oleh itu, sebagai panduan untuk melihat data yang paling akurat adalah ketika pre opening market yang terjadi sebanyak dua kali iaitu pada 0830H dan 1400H.

Kesimpulan

Dengan mempelajari cara membaca market depth chart saham, barulah anda dapat melihat situasi sebenar jual beli dalam bursa saham. Ia adalah topik yang penting untuk anda pelajari supaya anda tahu bagaimana bursa saham berfungsi. Jika sebelum ini anda hanya fokus untuk melakukan analisa teknikal, kini anda sudah tahu apakah yang terjadi disebalik candlestick2 yang dipaparkan. Sekian terima kasih.

Simbol Dalam Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →