Kesan Penurunan OPR Tahun 2020

OPR merupakan satu instrumen yang digunakan oleh Bank Negara dalam mengawal pegangan wang sama ada kepada pengguna ataupun peniaga. Dengan melakukan pengubahan pada kadar OPR ini, ia akan memberikan kesan efek domino kepada pengguna dan juga peniaga. Artikel ini akan kupas kesan penurunan OPR 2020, maksud serta bagaimana untuk memanipulasikan keadaan ini.

Maksud OPR

OPR atau Overnight Policy Rate bermaksud charge yang dikenakan keatas bank-bank di Malaysia. Charge OPR ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kadar faedah pinjaman yang diberikan bank kepada para peminjam. Walaupun OPR dikenakan secara terus kepada bank, namun secara tak langsung kos tersebut akan dipindahkan kepada para peminjam.

Kegunaan OPR kepada Bank

OPR digunakan sebagai satu titik rujuk kepada bank bank di negara Malaysia sebelum mereka memberikan pinjaman kepada orang ramai. Sebagai contoh, jika OPR Bank negara menetapkan bahawa kadar pinjaman adalah 3% (kadar ini juga dipanggil sebagai Base Lending Rate), maka mereka akan menggunakan kadar ini sebagai asas mereka. Malah, mereka akan menambah lagi beberapa peratus yang dipanggil sebagai Base Rate untuk keuntungan bank mereka.

Sebagai contoh, Bank ABC memberikan pinjaman peribadi kepada orang ramai. Dengan menggunakan formula OPR yang menetapkan sebanyak kadar 3% yang telah ditetapkan sebagai BLR, bank ABC akan menetapkan Base Rate mereka sebanyak 2%. Oleh itu secara keseluruhannya, seorang peminjam akan dikenakan kadar faedah sebanyak 5%.

Kesan OPR Turun

Sebelum kita ingin ketahui kesan OPR turun, kita harus tahu mengapa Bank Negara mengambil tindakan untuk menurunkan OPR. Ketika kemelesetan ekonomi berlaku, pendapatan rakyat akan mula terjejas dan mereka tidak mempunyai wang atau kuasa beli yang tinggi. Oleh itu, secara tidak langsung kuasa beli yang rendah menyebabkan sektor ekonomi tidak dapat bergerak dengan rancak kerana kuasa beli pengguna terlalu lemah. Sekiranya dibiarkan, lama kelamaan ekonomi akan lumpuh, perniagaan akan jatuh kerana tiada pembeli dan lambakan peniaga yang terlalu banyak dalam pasaran.

Justeru, bank negara telah menggunakan instrumen OPR ini untuk meningkatkan kuasa beli pengguna. Dengan menurunkan kadar OPR, secara tidak langsung semua kadar faedah pinjaman yang diberikan oleh Bank di Malaysia kepada orang ramai akan menurun. Sebagai contoh, jika anda membayar pinjaman sebanyak RM 500 untuk kereta anda, apabila bank negara mengumumkan OPR diturunkan, maka bayaran anda akan dikurangkan sehingga RM 400 (contoh). Dengan lebihan RM 100 yang anda perolehi telah meningkatkan kuasa beli anda semula. Ia melegakan banyak pihak sama ada pada peminjam peribadi atau peminjam komersial. Pengguna boleh membeli lebih banyak dan peniaga mampu untuk meningkatkan keuntungan mereka melalui penurunan kos perniagaan. Dengan ini ekonomi mampu untuk dirancakkan semula.

Penurunan OPR mendapat berbagai reaksi dan kesan terhadap ekonomi. Secara amnya, jika Bank Negara menurunkan OPR, bermaksud negara sedang menghadapi kemelesetan ekonomi dan Bank Negara ingin meningkatkan kuasa beli para pengguna supaya ekonomi akan mula memulih. Terdapat dua kesan yang anda akan lihat melalui penurunan OPR, yang mana ianya ada baik dan buruk.

Kesan Baik

  1. Kadar faedah pinjaman menjadi rendah dan memberi manfaat kepada para peminjam
  2. Kuasa beli pengguna meningkat
  3. Kadar eksport negara meningkat

Kesan Buruk

  1. Kadar tukaran matawang asing Ringgit Malaysia menjadi lemah
  2. Kurang menarik minat para pelabur asing untuk melabur akibat kelemahan ekonomi dan pulangan yang rendah
  3. Kadar keuntungan institusi kewangan menurun. Sebagai contoh, ASB mengumumkan hanya 3% keuntungan pada tahun ini.

Dari kaca mata pengguna, penurunan OPR memberi kebaikan kepada mereka, tapi bagi para pelabur ianya satu mimpi ngeri.

Kesimpulan

Jadi, adakah relevan untuk Bank Negara menurunkan OPR? Jawapannya nya. Ekonomi akan bergerak dan berputar. Ketika kemelesetan ekonomi, fokus dan objektif adalah kepada pengguna, bukan kepada pelabur. Survivality is the first priority. Oleh itu, pengguna harus diselamatkan dahulu, ekonomi domestik harus dirancakkan dahulu. Apabila ekonomi mula rancak, lama-kelamaan fasa ini akan beralih. Syarikat mula membuat keuntungan melalui eksport ke luar negara yang tinggi. Kenapa eksport menjadi tinggi? Ianya adalah disebabkan kadar tukaran matawang asing yang rendah menyebabkan negara lain melihat barangan Malaysia adalah murah dan mula berminat untuk membeli barangan di Malaysia berbanding negara lain yang mepunyai kadar tukaran matawang yang lebih mahal.

Apabila BNM mula melihat kesan positif mula terhasil selepas OPR diturunkan iaitu, syarikat mula buat keuntungan, eksport telah meningkat dan pengguna mempunyai kuasa beli yang tinggi, maka BNM akan mula menaikkan OPR sedikit demi sedikit. Dan fasa itu akan berputar yang mana ia akan mula memihak kepada pelabur semula dan pengguna akan dilihat sebagai objektif kedua. Dan begitulah sebaliknya dan ianya akan sentiasa terjadi dalam bentuk putaran.

Bagaimana Untuk Memanipulasikan OPR Bank Negara Malaysia?

Semasa OPR diturunkan anda disarankan untuk berbelanja, bukan untuk menyimpan atau melabur. Gunakan duit yang ada untuk berbelanja seperti melunaskan hutang sebanyak mungkin disebabkan kadar faedah yang rendah. Ketika ini juga anda boleh mula untuk mencari peluang untuk membeli hartanah kerana harga akan jatuh dan kebiasaannya murah akibat permintaan yang sangat sedikit. Instrumen insturmen pelaburan yang anda rasa mahal dahulu menjadi murah pada ketika ini.

Jika anda tidak tahu dengan duit lebih ini apa yang perlu anda buat dan mempunyai ilmu yang rendah berkaitan dengan pelaburan, saya sarankan untuk membeli emas fizikal yang khas untuk pelaburan. Emas akan berada pada kadar rendah ketika ekonomi meleset. Apabila ekonomi mula berkembang, harga emas akan naik dan anda boleh jual beserta dengan keuntungan yang ada akibat kenaikan harga tersebut.

Baca : Indeks Saham FBMKLCI

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →