Mengupas Jerung Dalam Saham Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Jerung dalam saham merupakan gelaran yang unik berlegar dalam kalangan pelabur tempatan. DIsebabkan kebolehan mereka dalam melabur dalam jumlah yang tinggi, maka jolokan jerung telah diberikan kepada mereka. Artikel ini akan mengupas mengenai jerung dalam saham malaysia.

Maksud Jerung Dalam Saham

Jerung dalam saham bermaksud sebuah entiti yang mempunyai kebolehan untuk membeli saham dalam jumlah yang sangat tinggi. Setiap tindakan belian dan jualan yang mereka lakukan pasti akan memberikan impak kepada pergerakan harga pada sesuatu kaunter saham

Siapakah jerung saham di Malaysia.

Kebiasaannya jerung saham malaysia adalah terdiri daripada entiti syarikat pelaburan. Dibawah merupakan antara nama-nama syarikat pelaburan yang diberi jolokan jerung oleh pelabur runcit.

  1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  2. Permodalan Nasional Berhad
  3. Khazanah Nasional Berhad
  4. Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan
  5. Tabung Haji
  6. Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  7. Petronas

Saham Pilihan Jerung Bursa Malaysia

Kebanyakan jerung membeli sebuah saham adalah untuk memiliki perniagaan yang didagangkan. Mereka lebih gemar untuk membeli saham yang bertaraf blue chip dan ia tidak menjadi masalah bagi mereka kerana kekuatan modal yang mereka ada. Apabila mereka membeli sesebuah saham, mereka akan hold saham mereka dalam agak lama dan mereka mempunyai holding power yang sangat kuat.

Contoh senarai saham yang dibeli oleh PnB.

Bilakah Jerung Bursa Malaysia Membeli Saham

Kebanyakn saham yang mereka beli akan diumumkan di dalam laman web atau artikel untuk hebahan. Mengapa mereka tidak menyorokkan sahaja portfolio mereka? Kerana modal yang dipegang oleh jerung-jerung ini kebanyakannya adalah duit orang ramai dan mereka berhak tahu apakah yang sedang berlaku dengan duit yang mereka letakkan dalam institusi-institusi ini. Sebagai seorang pedagang pula, mereka lebih berminat untuk ketahui bilakah jerung ingin membeli saham tersebut sebelum ianya diumumkan supaya mereka dapat tempias keuntungan Capital Gain ketika jerung masuk membeli saham.

Antara idea bagaimana untuk mengesan pembelian saham oleh jerung jerung ini adalah seperti berikut :

  1. Pilih satu jerung sebagai permulaan.
  2. Masukkan semua saham yang dibeli oleh jerung sebagai watchlist
  3. Dapatkan market depth lebih dari 3 depth
  4. Tunggu sehingga terjadi spike volume. Bila terjadi spike volume yang luar biasa, anda boleh agak jerung sedang memasuki pasaran. Dan biasanya mereka beli untuk jangka masa yang lama.
  5. Boleh combine juga dengan teknik T+3. Cara ini adalah untuk mengambil kesempatan pelabur yang menggunakan akaun contra. Selepas tiga hari, boleh sell semula, jika masih tidak TP, boleh hold kerana saham-saham yang jerung beli kebiasaannya berkualiti.

Cara ini agak memenatkan dan tidak sesuai untuk mereka yang melabur secara part time. Hanya pelabur day trader dan betul betul duduk di hadapan trading station mampu untuk trade seperti ini. Keupayaan anda untuk melihat order di dalam depth of market memerlukan perhatian yang serius. Agak sukar untuk anda gunakan handphone kerana anda akan meneliti beberapa saham dalam masa yang sama.

Kesimpulan

Dengan mengetahui siapakah jerung dalam saham, ia secara tidak langsung memberi idea untuk anda mencipta portfolio anda. Anda tidak perlu untuk melakukan kajian yang mendalam, cukup dengan mengikut sahaja rentak jerung-jerung ini beraksi. Diharap ianya dapat menjawab soalan anda tentang jerung di dalam saham malaysia.

Catalyst Dalam Saham

Iqbal Aman

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →