Kesan Inflasi Terhadap Pelaburan di Malaysia

Inflasi merupakan satu keadaan ekonomi yang sering dilalui dan dirasai oleh mana-mana negara termasuk Malaysia. Oleh itu, Malaysia melalui Bank Negara telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengawai inflasi supaya tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Artikel ini akan mengupas kesan inflasi terhadap pelaburan, negara serta pengangguran dan maklumat lain yang berkaitan dengan inflasi.

Maksud Inflasi

Inflasi adalah penurunan kuasa beli sesuatu matawang terhadap barangan di pasaran. Ianya boleh menjadi inflasi bersifat positif ataupun inflasi yang bersifat negatif. Inflasi yang bersifat negatif sering dipanggil sebagai deflasi.

Kadar Inflasi Semasa di Malaysia

Mengikut data yang ditunjukkan oleh Bank Negara, Malaysia kini mengalami inflasi sebanyak -1.5% (deflasi). Oleh itu, ketika deflasi berlaku kita dapat melihat banyak harga tidak dapat dinaikkan dan ada harga barang yang terpaksa dipotong harga bagi memenuhi harga yang mampu dibeli oleh seorang pengguna.

Kebanyakan negara cuba untuk mendapatkan kadar inflasi sekitar 0 – 2% dan mereka percaya inflasi di tahap tersebut adalah bersifat optimum dan adil kepada kedua dua pihak baik pengguna mahupun penjual. Sekiranya kadar inflasi berada dibawah 0%, ia dikira sebagai deflasi yang mana harga barang tidak naik ataupun turun disebabkan kuasa beli pengguna yang terhad manakal inflasi diatas 3% dikira sebagai hyperinflasi menunjukkan kuasa beli pengguna yang terlalu besar.

Malaysia Inflation Rate
Kadar inflasi terbaru adalah pada paras -1.5 menunjukkan Malaysia sedang mengalami kemelesetan ekonomi (deflasi)

Kesan Inflasi Terhadap Pelaburan

Inflasi mendatangkan berbagai kesan dan ianya boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang pertama inflasi positif dan inflasi negatif.

Inflasi positif

  1. Pertumbuhan ekonomi yang baik
  2. Banyak syarikat yang berkembang ketika inflasi positif disebabkan dorongan tawaran harga yang tinggi pada setiap produk jualan
  3. Peluang pekerjaan yang banyak disebabkan perkembangan syarikat-syarikat dan perniagaan
  4. Pelabur asing berminat untuk melabur disebabkan keuntungan margin yang tinggi ditawarkan oleh syarikat-syarikat
  5. Unit-unit amanah atau pelaburan dapat memberikan dividen yang tinggi
  6. Kuasa beli menjadi rendah disebabkan harga barangan yang terlalu mahal
  7. Cukai perniagaan, kadar faedah pinjaman cukup tinggi membuatkan bayaran balik pinjaman menjadi mahal

Inflasi Negatif

  1. Pertumbuhan ekonomi sedang terencat
  2. Banyak syarikat yang terpaksa menguncup akibat kejatuhan keuntungan disebabkn ketiadaan permintaan dan margin keuntungan yang terlalu rendah
  3. Peluang pekerjaan rendah kerana banyak syarikat mengecilkan skala operasi
  4. Pelabur asing akan menarik keluar daripada melabur di Malaysia
  5. Unit-unit amanah dapat memberikan dividen yang sangat rendah
  6. Kuasa beli akan meningkat semula disebabkan harga barangan menurun
  7. Cukai perniagaan, kadar faedah pinjaman menjadi rendah dan bayaran balik pinjaman akan menjadi murah.

Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan, inflasi amat memberi kesan kepada kadar pengangguran di Malaysia. Dapat kita simpulkan bahawa sekiranya Malaysia sedang mengalami deflasi, maka kadar pengangguran akan meningkat manakala jika Malaysia sedang mengalami inflasi, maka kadar pengangguran akan menurun.

Langkah-langkah Mengatasi Inflasi

Inflasi tidak boleh dibendung. Ia sebahagian daripada sifat semulajadi pasaran ekonomi dunia. Apa yang boleh kita lakukan adalah mengawal kadar inflasi itu sendiri. Bank Negara bertanggungjawab dalam mengawal kadar inflasi di Malaysia. BNM menggunakan dua alat untuk mengawal inflasi iaitu :

  1. Kadar Faedah
  2. Dasar Fiskal (Percukaian)

Jika negara mengalami inflasi, maka BNM akan mengenakan kadar faedah yang tinggi dan dasar fiskal yang radikal bagi mengurangkan kuasa beli pengguna dan seterusnya dapat menghentikan kegilaan harga untuk terus menaik. Jika negara sedang deflasi, BNM akan menurunkan kadar faedah dan dasar fiskal yang lebih lembut bagi meningkatkan kuasa beli pengguna dan merancakkan pertumbuhan syarikat tempatan.

Kesimpulan

Kadar inflasi adalah satu perkara yang semulajadi. Ianya membawa keburukan dan kebaikan kepada negara. Oleh itu, anda harus bijak untuk mengetahui apakah langkah yang seharusnya anda ambil jika inflasi atau deflasi sedang berlaku. Sesebuah negara itu tidak boleh terlalu pesat membangun dan juga tidak boleh terlalu perlahan dalam kegiatan ekonomi.

Baca : Kesan Penurunan OPR

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →