Apa Yang Perlu Anda Buat Jika Sentiment Negatif Melampau

Apa Yang Perlu Anda Buat Jika Sentiment Negatif Melampau

Bismillahirrahmanirrahiim

Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat reaksi pasaran yang terlampau random dan terumbang-ambing sejak Presiden Donald Trump pegang Amerika Syarikat. Dengan polisi-polisi yang diluar dari kebiasaan, ia menyebabkan uncertainty yang melampau di dalam pasaran. Boleh jadi harga boleh shoot mendadak atau jatuh secara mendadak. Oleh itu, anda sebagai trader bilis, apa yang perlu anda lakukan.

Apa Perlu Anda Lakukan Semasa Sentiment Negatif Melampau?

PERTAMA : Reserved Cash. Semasa sentiment negatif yang melibatkan banyak pasaran bursa asing seperti US, Hongkong dan Malaysia, lebih baik anda kumpul duit dahulu dan close mana-mana kaunter yang dalam keadaan profit. Ini untuk mengelakkan profit anda berkurangan dan sekaligus memaksimumkan keuntungan anda.

KEDUA : Labur dalam Islamic Money Market. Disebabkan pasaran saham sedang volatile, anda masukkan dahulu reserved cash anda dalam Islamic Money Market. Kebanyakan dividen dibayar secara bulanan. Oleh itu anda tidak perlu untuk tunggu sehingga tempoh matang, barulah anda boleh meraih keuntungan. Contoh paling mudah adalah simpanan tetap Islamik di mana-mana bank pilihan anda.

KETIGA : Observe Market. Masa inilah untuk anda rekodkan mana-mana kaunter atau saham yang mempunyai rekod keuntungan yang cantik tetapi harga jatuh disebabkan sentiment pasaran. Inilah yang dipanggil sebagai harga diskaun. Dari Watchlist yang anda reka, anda boleh bahagikan reserved cash anda untuk setiap kaunter yang ada. Kemudian hanya perlu menunggu peluang sahaja untuk labur sekiranya ada.

KEEMPAT : Belajar. Inilah masanya untuk anda tambah ilmu. Jika anda jenis sukakan fundamental analisis, mungkin anda boleh belajar basic-basic technical analysis seperti Moving Average atau SnR. Tidak perlu terlalu berat, hanya bacaan ringan supaya ia boleh memberi nilai tambah dalam anda ingin membuat keputusan.

Kesimpulan

Anda harus tahu bila masanya untuk in dan out dari pasaran saham. Jangan terlampau rigid kepada pasaran saham sahaja kerana banyak lagi pasaran yang boleh anda teroka seperti pasaran emas, pasaran modal, dan juga hartanah. Semoga artikel kali ini dapat memberi nilai tambah kepada anda semua. Alhamdulillah.

Cara Trade Guna Volume

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →