3 Jenis Graf Forex Di Dalam MT4

Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang ni, ramai yang menggunakan platform MT4 untuk melakukan trading. Selain MT4 terdapat lagi beberapa platform yang ada seperti CTrader, Online Platform dan Ninja Trader. Namun apa yang membezakan antara platform ini adalah fungsi dan kemudahan yang dihadirkan sekali didalam platfrom. Setiap platform akan memberikan beberapa jenis graf forex dan secara lazimnya terdapat 3 jenis graf forex digunakan untuk menganalisa.

3 Jenis Graf Forex Yang Lazim

Terdapat 3 bentuk graf forex iaitu :-

  1. Graf Candlestick
  2. Graf Line
  3. Graf Bar

Graf Candlestick

Graf fx candlestick merupakan graf yang paling ramai gunakan. Ianya kerana candlestick itu sendiri memberikan input yang cukup jelas iaitu. OHLC. Open High, Low Close. 4 Faktor ini secara tak langsung telah menyimpulkan sesebuah trend dalam TF yang lebih kecil. Contoh Graf Candlestick adalah seperti gambar tertera.

Image result for graf candlestick

Secara amnya, terdapat dua jenis candlestick iaitu Bullish candlestick dan Bearish Candlestick. Bullish candlestick terjadi apabila price berjaya close dalam keadaan buyer menguasai seller manakala Bearish Candlestick terjadi apabila price berjaya close dalam keadaan seller menguasai buyer. Selain itu, terdapat candlestick formation yang boleh digunakan sebagai signal untuk entri seperti candlestick continuation pattern dan juga candlestick reversal pattern.

Graf Line

Bentuk graf forex seterusnya adalah graf line. Graf line merupakan jenis graf forex yang menunjukkan closing price dalam sesuatu jangkamasa. Sebagai contoh, jika kita memilih TF H1, setiap kali price close pada H1, maka ia akan diplot pada graf. Kemudian setiap titik yang diplotkan akan disambung sambungkan menjadikan ia membentuk graf line. Gambar graf line seperti dibawah

Line Chart example

Graf Bar

Graf yang terakhir adalah graf bar. Graf bar ibarat seperti Graf candlestick. Ia mempunyai maklumat Maximum Price, Minimum Price, Closing Price dan Opening Price. Sama sahaja seperti concept OHLC. Namun, kekurangan menggunakan graf bar adalah ianya tiada jenis bar seperti candlestick yang mempunyai Bullish Candlestick dan juga Bearsih candlestick. Kepada orang baru, amat rumit untuk mengenali dan membaca Graf Bar.

Bar Chart example

Kesimpulan

Pilih lah graf yang dapat memberikan kesenangan dan kemudahan pada anda, bukan pada omong omong orang. Ada masa kita lebih selesa menggunakan Graf line sahaja, namun ada juga yang lebih mudah untuk menganalisa menggunakan candlestick chart. Semoga ALLAH berikan kemudahan dan kefahaman pada kita semua

Post sebelum ini : Cara Guna Stochastic Oscillator

ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR
ALLAH MAHA BESAR

Aku pedagangjawa.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →