Apa Itu Strategi Martingale Di Dalam Trading

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya akan berbincang dengan semua pembaca saya apa itu strategi martingale di dalam trading. Teknik ini secara amnya menggunakan kiraan matematik yang mana dengan menggandakan lot yang sebelumnya, akan membuatkan satu entry yang positif mampu recover seluruh kerugian yang sedia ada.

Sejarah Sistem Martingale

Sistem martingale ini diasaskan oleh seorang gambler kasino yang mana ia akan menggandakan lotnya untuk menutup kerugian yang dialami sebelum ini. Sebagai contoh,sekiranya dia rugi RM 1, dia akan gandakan lot sebelum nya menjadi RM 2, kemudian RM 4, RM 8 dan RM 16 seterusnya.

Mekanik Martingale Sistem

Setelah menjawab persoalan apa itu martingale di dalam forex trading, kita akan melihat pula bagaimanakah martingale sistem ini boleh diaplikasikan. Terdapat dua jenis sistem martingale yang boleh diaplikasikan didalam trading iaitu :

  1. Martingale Dengan SL
  2. Martingale Tanpa SL

Martingale dengan SL merupakan satu mekanisme yang paling selamat berbanding dengan martingale tanpa SL. Ianya kerana formula gandaan yang boleh digunakan adalah rendah, iaitu melalui gandaan dua. Contoh formula gandaan dua adalah seperti dibawah:

  • Level 1 : 0.01
  • Level 2 : 0.02
  • Level 3 : 0.04
  • Level 4 : 0.08
  • Level 5 : 0.16

Selain itu, martingale dengan SL boleh diformulasikan dengan mana-mana strategi sama ada breakout ataupun bounce. Malah Martingale jenis ini boleh digunakan untuk stop trade sekiranya malas atau ada komitmen kehidupan. Namun keburukan yang ada pada martingale dengan SL adalah kekuatan margin yang semakin merendah. Apabila jumlah wang semakin mengecil di dalam akaun ia akan mengganggu sekuen lot seterusnya dan membuatkan masalah not enough money yang akan dihadapi oleh para trader. Cara yang paling biasa yang digunakan oleh trader untuk menghadapi masalah ini adalah dengan memilih leverage yang tinggi.

Seterusnya adalah Martingale Tanpa SL. Jenis martingale ini banyak kelemahan yang bakal dihadapi. Yang pertama jenis martingale ini memerlukan komitmen kerana setiap kali entri trigger, anda harus melayer counter order dan kadang2 terpaksa berjaga sehingga pagi bagi manual trade. Seterusnya jumlah profit yang kecil berbeza dengan risk yang diberikan kepada market terlalu tinggi. Ibarat terpaksa mendedahkan risk sehingga 60% semata mata untuk profit 2%. Selain itu formula gandaan yang digunakan adalah tinggi iaitu gandaan 3. Contoh adalah seperti dibawah.

  • Level 1 : 0.01
  • Level 2 : 0.03
  • Level 3 : 0.09
  • Level 4 : 0.27

Martingale tanpa SL juga hanya sesuai kepada breakout trading, untuk bounce trading agak tak berbaloi kerana sekiranya market bergerak satu arah akan mengaktifkan semua level dan akhirnya berakhir dengan MC.

Kesimpulan

Sekiranya anda ingin menggunakan strategi martingale, anda haruslah memilih jenis yang memakai SL kerana lebih banyak kebaikan dari keburukan berbanding dengan martingale tiada SL. Harus diingatkan prinsip martingale forex ini lebih sesuai kepada mereka yang sudah berpengalaman dan memahami risk yang bakal dihadapi oleh mereka.

Post saya sebelum ini : Belajar Trade Forex Mengenai Safe Haven Currency

Terima kasih ALLAH atas keizinan Mu

Terima Kasih ALLAH

Terima Kasih ALLAH

Aku pedagangjawa.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →