Belajar Trade Forex Mengenai Safe Haven Currency

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini aku terpanggil untuk menulis berkaitan dengan safe haven currency. Jika kita boleh faham makna safe haven currency ni, mudah kita nak exploit pergerakan mereka. Jadi, sebarang pengalaman aku berkaitan dengan safe haven currency ini aku cuba untuk curahkan dalam post kali ini. Jika kau nak belajar forex, ko kena tau apa itu safe haven currency. Itulah nasihat yang aku ambil melalui bacaan aku di dalam buku dan post post artikel di internet.

Safe Haven Currency

Safe haven currency ni secara amnya adalah currency yang selamat untuk dilaburkan. Ciri ciri dia adalah seperti berikut.

  • Nilai price sentiasa bergerak dalam keadaan sideway
  • Pergerakan price tidak terlalu volatile
  • Pergerakan naik akan diselangi turun dan sentiasa kekal dalam satu kawasan
  • Jika priceĀ  break range kawasan yang sideway, amat sukar untuk turun semula ke kawasan sideway terdahulu

Ini adalah apa yang aku lihat dan rasai sepanjang aku trade forex. Aku belajar forex dengan mempelajari sifat sifat safe haven currency ketika aku aktif buat currency profiling. Oleh itu apakah strategi yang paling baik untuk digunakan dalam menggunakan pair yang berpasangan dengan safe haven currency?

Antara teknik yang boleh diketengahkan adalah averaging martingale. Disebabkan sifat safe haven bergerak dalam range, ia akan membentuk pergerakan projection dan retracement yang cantik. Oleh itu sekiranya anda tidak dapat menangkap trend semasa, floating sebelum ini boleh di clearkan dengan gandaan lot melalui konsep martingale ketika price sedang retrace.

Selain itu, teknik yang menggunakan skill breakout juga boleh digunakan memandangkan volatility dalam pair hanya jatuh pada satu currency sahaja. Sebagai contoh, GBP/JPY, GBP akan bergerak dengan laju tanpa spike dalam keadaan yang jarang disebabkan sifat JPY iaitu safe haven currency. Apabila ia bergerak untuk breakout sewaktu news release, ia akan bergerak dalam satu arah.

Senarai Safe Haven Currency

Antara senarai safe haven currency adalah seperti berikut:

  • CHF
  • JPY
  • USD

Walau bagai manapun, yang paling dekat dengan sifat safe haven adalah CHF. Manakala JPY dan USD hanya menang kepada volume dagangan sahaja membuatkan price itu tend untuk bergerak dalam keadaan ranging. Namun, apabila terjadinya News Release, JPY dan USD boleh bergerak secara volatile.

Jadi, adakah CHF akan selamat sampai bila2? Tidak. Pada tahun 2015, ketika terjadinya SnB rate change, CHF telah bergerak sejauh 3000 pips menyebabkan banyak broker jatuh terduduk akibat hal tersebut. Namun kejadian tersebut bukan berlaku saban tahun, mungkin 10 tahun sekali akan berlaku.

Oleh itu, sekiranya aku nak selamat trade, disarankan untuk berpasangan dengan pair bersama dengan safe haven currency. Waalupun pips yang dijanjikan agak rendah, namun ia meletakkan akaun aku dalam keadaan medium to low risk.

Semoga semua mendapat manfaat daripada artikel ini.

Post sebelum ini : Money Management Forex Terbaik

Terima Kasih ALLAH

Aku pedagang jawa.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →