Saham Defensif VS Saham Cyclical

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH aku mulakan post. Aku terpanggil untuk berkongsi dengan semua dua jenis saham yang sentiasa dibeli oleh para investor BSKL. Ianya adalah saham defensif dan saham cyclical. Ada orang panggil saham cyclical itu sebagai saham aggresif. Jadi aku akan titipkan pengetahuan aku ke mengenai kedua jenis saham ini ke dalam blog post kali ini. Aku harap usaha aku dapat memberikan kefahaman kepada mereka yang ingin mempelajari saham.

Pengertian Saham Defensif

Saham defensif merupakan saham yang proven dari segi earning dan mempunyai pergerakan naik turun yang stabil dan hampir tidak terkesan dengan perubahan ekonomi. Aku boleh simpulkan bahawa kebanyakan saham defensif akan bergerak dalam range mode, dan kurang untuk bergerak dalam keadaan trending disebabkan ia telah sampai ke tahap tepu yang dah tak boleh nak project lagi. Maksud aku adalah 3 jenis cawan sahaja yang kosong dan ko ada air yang boleh cukupkan 3 jenis cawan sahaja. Kalo tuang lebih lebih pun akan tumpah.

Apakah contoh saham defensif? Kita lihat sekeliling kita. Apa yang kita guna, apa yang kita pakai, apa yang kita tunggang. Contoh, beras cap rambutan. Saham dia bercorak defensif. Orang tetap akan makan beras tak kesah la dunia ni da berlaku WW3. Selain itu, contoh shampoo. Orang tetap pakai shampoo walaupun kadar pengangguran berlaku sampai ke tahap hilang akal. Dalam erti kata lain, benda yang kita pakai sehari-hari itulah yang dinamakan saham defensif. Kenapa ia defensif? Kerana ia kalis dan hampir kebal kegawatan ekonomi.

Contoh-contoh saham defensif adalah makanan, ubatan dan juga barang barang pengurusan diri.

Kelebihan saham defensif dan cara orang memanipulasikan saham defensif adalah dengan mengumpulkan sebanyak mungkin pemilikan saham ini dan mendapatkan keuntungan berdasarkan dividen. Memandangkan saham defensif adalah bercorak ranging, dan mudah untuk dipredict, maka mereka akan sentiasa mark kawasan low dan try untuk beli pada kawasan tersebut. Kebanyakan mereka yang trade dengan defensif stock ni memang trade takde SL sebab price saham more likely to bounce. Target asal mereka adalah dividen dividen dividen. Bukan buy low sell high. Jika ada ianya dianggap bonus

Pengertian Saham Cyclical

Saham Cyclical atau Agresif merupakan saham yang mempunyai pergerakan yang volatile dan terkesan dengan perubahan ekonomi negara. Jadi, kebanyakan Saham Cyclical ini bersifat trending. Kenapa? kerana ia mempunyai ruang yang sangat besar untuk project. Contohnya begini, dulu Uber orang tak berapa kenal, pakai taxy je, bila Uber mula dikenali, maka orang ramai dah mula menggunakan perkhidmatan uber sekali gus nilai saham meningkat disebabkan bukan semua orang pakai Uber untuk bergerak ke mana-mana.

Contoh Contoh Saham Cyclical adalah seperti Airlines dan juga Bidang Teknologi. Saham Cyclical adalah baik untuk dibeli sewaktu negara sedang mengalami transition dari kemelesetan ekonomi kepada kemakmuran ekonomi, iaitu economy recovery. Jadi sewaktu itu saham cyclical akan bergerak dengan cemerlang dengan Bull Power. Saham Cyclical adalah saham yang berisiko dan disarankan mereka yang engage dengan saham ini trade menggunakan cutloss ataupun stoploss. Bagi penggemar saham cyclical, target mereka adalah buy low and sell high. Jumlah dividen yang diterima hanyalah dianggap sebagai bonus sahaja.

Kesimpulannya, diversify pegangan saham. Jangan pump semua dalam satu jenis je. Yang penting saham defensif mesti ada walaupun slow dan boring. Alhamdulillah, ALLAH benarkan saya menaip mengenai saham defensif dan saham cyclical. Semoga ALLAH izinkan lebih lagi untuk saya berkongsi. Amiin.

ALLAH MAHA BIJAKSANA
ALLAH MAHA BIJAKSANA
ALLAH MAHA BIJAKSANA

Aku pedagang jawa.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →