Forex VS Judi Beserta Pemahaman Gambler’s Fallacy

Bismillahirrahmanirrahim

Forex vs judi ni antara topik yang paling hot dan amat kontroversi bila didebatkan. Sebab ianya melibatkan hukum sama ada halal atau haram. Jika kita masih tertanya-tanya forex itu judi atau bukan, kita akan nampak bermacam macam jawapan. Forex boleh jadi judi dan boleh jadi tidak. Garisan yang memutuskan sama ada ia judi atau tak sangat lah halus. Jadi alhamdulillah, ALLAH sudi berikan kebenaran kepada aku untuk menaip dalam blog ini supaya boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang.

Pemahaman Gambler’s Fallacy Dalam Trading.

Terdapat dua pandangan berkenaan dengan Gambler’s Fallacy. Yang pertama, sesuatu perkara menjadi semakin kurang berlaku sekiranya ia berlaku terlalu kerap. Contoh, anda diberi peluang untuk lontar duit syiling sebanyak 100 kali. 20 kali yang pertama asyik dapat kepala je, dan diri anda mula percaya bahawa flip yang ke 21 mesti ekor.

Pandangan kedua pula berlawanan dengan pendapat pertama. Sesuaut perkara menjadi semakin kerap berlaku sekiranya sebelum ini perkara itu sering terjadi. Contoh, jika 20 kali balingan dapat kepala, maka mereka percaya balingan ke 21 mesti akan dapat kepala.

Sekiranya kita semua berfikiran sedemikian, maka sebenarnya kita telahpun terjatuh kedalam simptom gambler’s fallacy. Market Forex judi atau bukan itu jatuh kepada cara bagaimana kita approach kepada market itu sendiri. Dalam erti kata lain, setiap kali kita melakukan analisa, dan melakukan entry berdasarkan analisa, chance untuk betul tetap 50%.

Walaupun analisa kita banyak menyokong kepada suatu keputusan. Sebagai contoh adalah analisa seperti dibawah:

  • Pair : EUR/USD
  • Trend : Uptrend
  • Support : 1.1000
  • Resistance : 1.1500
  • Candlestick : Pinbar CRS at Support
  • Session : Active Session TF H4

Berdasarkan analisa diatas, aku percaya ramai yang akan mengatakan kebarangkalian price akan naik ikut trend semasa adalah tinggi. Nah, masa inilah korang semua terkena simptom Gambler’s  Fallacy ni. Korang percaya bahawa disebabkan price uptrend, hit support, dan muncul CRS, maka chance untuk price Bull adalah tinggi. Jawapannya tidak. Ia masih 50%-50%. Aku dan korang percaya waktu tu, price dah turun banyak ni, tak mungkin boleh turun lagi.

Dan, ya. Memang kebarangkalian masih 50%. Jika ada orang tawarkan chance untuk naik 60% sekalipun, kenapa tak pam lot gajah mada? Odd an even lebih tinggi kan? Berdasarkan kepada Random Wak Theory, memang takde sapa pun boleh predict market. Jadi, bagaimana nak tau apakah trading forex judi ini berbeza dengan trade forex yang sebenarnya, aku ada senarainya yang aku guna sendiri. Dan mungkin korang pun boleh amik sebagai template.

Perbezaan Forex Judi Atau Bukan

  1. Setiap entri harus diikuti dengan analisa (Fundamental, Sentiment, Teknikal)
  2. Setiap entri harus mempunyai level risk dan reward yang jelas
  3. Setiap trader mesti percaya setiap entri chance tetap 50%-50%
  4. Yakin, ALLAH yang bagi rezeki, bukan analisa

4 rules yang aku employ pada diri aku ini yang membuatkan aku yakin bahawa aku sedang bertrading forex, bukan berjudi dengan forex. Perumpamaan dia begini, seorang trader yang berpengalaman 10 tahun dan seorang newbie forex yang baru 1 tahun jagung melakukan live trade. Trader otai masuk Buy, Trader Newbie masuk Sell, dua dua ada 4 rules seperti yang aku mention. Of course, ramai yang akan katakan trader otai yang akan profit. Sekali lagi, gambler’s fallacy berlaku. Chance tetap 50-50. Sebab tu kita boleh tengok ramai newbie claim otai walaupun trade forex 1 tahun jagung.

Jadi, apa perbezaan yang menjadi jurang antara otai dan newbie? PSIKOLOGI dan SKILL EXIT. Kalau otai dah kena SL 3x hari tu, dia stop trade, tapi newbie makin kena SL makin nak trade, pastu risk and reward kelaut, main bantai trade  tah mana hala dan mula berjudi.

Apa yang aku leh simpulkan kat sini, aku bersetuju dengan George Boros dan atuk Warren Buffet Kepsi, its all about how much you cut when you loss and how much you gain when you profit. Dalam erti kata lain adalah Risk and Reward. Itu je. Bila ko keluar tu yang penting, lagi penting dari bila aku entry.

Inshaa ALLAH, semoga ALLAH berikan kefahaman dan rahmat kita semua. Aku pun tak pandai. Masih lompong.

ALLAH je yang Maha Pandai

Dia Maha Bijaksana

Segalanya Ilmu dari Dia.

Aku cuma pedagang jawa.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →