Jenis-Jenis Money Management Dalam Forex

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH aku mulakan post. Terima kasih ya ALLAH kerana sudi memberi kebenaran pada diri aku hari ini untuk menulis mengenai jenis jenis money management dalam forex yang sebenarnya banyak. MM bukannya cuma ada satu cara sahaja. Tapi ianya bergantung kepada bagaimana seorang trader melihat akaun trading mereka. Hari ini aku sedar, tak semestinya yang pakai SL itu betul dan yang tak pakai SL itu salah. Pucuk pangkalnya adalah bagaimana mereka “manage” money diorang tu. Selepas ini aku akan senaraikan jenis-jenis MM tersebut.

Penggunaan Stoploss dan Take Profit

Ini merupakan salah satu contoh money management dalam forex. Dengan menggunakan Stoploss dan Take Profit, maka awal awal lagi trader dah calculate risk dan reward yang bakal dia boleh sambar. Sama ada dengan menggunakan R3, R2, atau R1, at the end of the day, trader boleh dapat berapa capaian target yang diidamkan. Namun, bila mengaplikasikan Risk and Reward, kita kena consider juga factor probability hit stop. Probability hit stop bermaksud peratusan untuk price hit TP ataupun SL. Formulanya senang sahaja.

  • Semakin besar Risk and Reward, semakin kecil kebarangkalian price hit TP (Contoh RR = 1:3)
  • Semakin kecil Risk and Reward, semakin tinggi kebarangkalian price hit TP (Contoh RR = 3:1)

Jadi, ianya terpulang kepada trader sama ada nak lebih banyak hit TP dalam jumlah yang kecil kecil ataupun hit TP dalam kadar yang sedikit tapi pada amaun yang besar-besar. Melalui andaian aku, RR yang besar bagus untuk strategi trend follow, manakala untuk RR yang kecik, bagus untuk counter trend. Dalam bahasa mudah, RR besar makan waktu projection, RR kecik makan waktu retracement.

Kalo dari pandangan kasar, mesti korang fikir baik amik RR besar, namun korang kena fikir, 80% market dalam keadaan sideway. Sebab itu muncul pemahaman terhadap RR yang kecil.

Oleh itu, untuk mendapatkan kiraan risk, aku nampak ada dua cara yang kebanyakan trader akan buat. Dua cara tersebut adalah:

  • Fix Pips Risk
  • Adjustable Pips Risk

Untuk Fix Pips Risk, trader awal awal lagi dah tentukan berapa banyak pips yang akan dirisikokan menggunakan lot size yang sama. Sebagai contoh, SL 50 pips, lot size 0.1 bersamaan dengan USD 50. Jadi trader akan risikokan USD 50 per trade. Kekuatan skil ini adalah trader tak payah pening kepala untuk fikir dan outcome terakhirnya mudah untuk diagak. Kekurangannya adalah teknik ini tidak mengukur kadar volatility. Sekiranya volatility terlalu kuat, 50 pips tak cukup untuk cover dan mungkin price akan cium SL dahulu sebelum reverse. Sebaliknya, jika volatility terlalu lemah, peruntukan 50 pips terlalu besar dan tak menghasilkan RR yang cantik.

Adjustable Pips Risk pula bermaksud trader menentukan berapa banyak pips yang akan dirisikokan berdasarkan keadaan semasa. Maksud keadaan semasa adalah SL di atas Hi Candle or dibawah Low Candle atau SL berada di swing sebelum. Sebagai contoh, trader merisikokan sebanyak USD 50 per trade dan pips yang diperlukan adalah 25 pips sahaja berdasarkan high candle. Jadi lot akan di adjust menjadi 0.2. Kekuatan cara ini adalah ia mampu untuk mengurangkan risiko price cium SL dahulu baru reverse namun kekurangan cara ini adalah outcome yang bakal diterima sukar untuk diagak.

Portional Fund

Jenis MM yang seterusnya adalah Portional Fund. Portional Fund bermaksud seorang trader pump sebahagian duit yang ada ke dalam akaun trading. Sebagai contoh, Trader A mempunyai USD 1000, maka dia akan pump USD 100 ke dalam akaun trading untuk didagangkan.

Cara ini bagi aku agak selamat kerana ianya mengurangkan risiko duit hilang dalam tangan broker jika tiba tiba broker lingkup macam kes IronFx. Trader akan tentukan berapa portion duit yang sanggup dia trade ke dalam akaun. Ada yang tentukan 10%, ada yang 15% ada yang 20% daripada modal sebenar. Namun ia bergantung kepada bagaimana trader dan apa target trader tersebut.

Portional Fund biasanya menggunakan skil Pips Endurance sebagai salah satu komponen Money Management Forex mereka. Pips Endurance bermaksud berapa banyak Pips yang boleh akaun tersebut floating sebelum MC. Kaedah ini biasanya tak menggunakan SL dan mungkin menggunakan mental Cutloss. Selain itu, gain daripada cara ini juga agak besar sebagai contoh 100% per month disebabkan lot size yang besar ataupun layer yang banyak bagi akaun yang kecil.

Adakah cara tersebut salah? Tidak, sebab trader awal awal lagi dah risk kan 10% daripada modal asal untuk didagangkan. Jadi, sekiranya MC sekalipun, trader hanya kehilangan 10% daripada modal. Cara ini secara tak langsung mampu mengurangkan risiko pre mature SL ataupun Spike market. Aku juga dapat expect yang sapa guna cara ni biasanya akaun dia banyak hijau, tapi sekali SL terus MC.

Cara pengiraan Pips Endurance juga cukup mudah. Formulanya adalah:

= Modal / Pips Endurance = Lot Size

Contoh

= USD 100 / 1000 pips = 0.1

Alhamdulillah, itulah dua cara money management forex terbaik yang dah aku catatkan disini buat rujukan pada masa hadapan. Tidak semestinya ada SL itu baik dan tak semestinya tiada SL itu tak elok. Semuanya terpulang bagaimana kita aplikasikan money management pada trading akaun kita.

Post sebelum ini : Waktu Sesuai Untuk Trade Forex

Terima kasih ya ALLAH

ALLAHU MUSTAAN

ALLAHU MUSTAAN

ALLAHU MUSTAAN

Aku pedagang jawa.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →