Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH, saya mulakan post. Hari ini saya akan cuba untuk mengupas sebuah broker yang boleh kita pilih untuk memasukkan amaun deposit untuk memulakan trading. Broker tersebut merupakan FxClearing setelah direkomendasi oleh rakan-rakan FB sewaktu saya cuba untuk mencari broker yang menawarkan akaun cent. So jom kita tengok apa yang kita ada di Fx Clearing.
Latar Belakang FXCL (Fx Clearing)
Broker ni dah bertapak sejak tahun 2006 lagi. Bayangkan dengan pengalaman hampir 12 tahun beroperasi, ia menunjukkan broker ini merupakan broker yang matang. Ia merupakan sebuah broker yang berpusat di Vanuatu dan dibawah seliaan Ministry of Finance and Economic Management dari Republik Vanuatu. Walaupun ia merupakn sebuah broker offshore, namun disebabkan oleh tahun operasi yang agak matang membuatkan saya percaya untuk trade bersama broker ini.
Jenis-Jenis Akaun
Secara amnya saya senaraikan akaun yang disediakan oleh pihak FXCL. Untuk makluman, broker ini merupakan broker 4 digit.
- Beginner : Fix Spread, depo serendah USD 1, leverage max 1:1000
- Micro Cent : Fix Spread, Depo min USD 1, leverage max 1:500
- Mini : Fix Spread, Depo min USD 1, leverage max 1:500
- ECN Light : Float Spread, Depo min USD 1, leverage max 1:500
- ECN Interbank : Float Spread, Depo min USD 1, leverage max 1:500
- ECN Plus : Float Spread, Depo min USD 1, leverage max 1:500
Bonus
FXCL juga tawarkan bermacam macam jenis bonus untuk korang gunakan. Bonus yang diberikan adalah untuk kegunaan support margin untuk teknik-teknik yang menggunakan floating. So, korang boleh manage strategy korang camne nak gunakan dengan lebih berkesan. Perlu saya ingatkan sewaktu membuat kiraan MM, jangan masukkan sekali nilai bonus. Berikut merupakan jenis-jenis bonus yang ditawarkan oleh FXCL.
- Automatic rebate : Ini tak layak bagi pengguna akaun micro cent. Untuk posisi yang loss, FXCL akan bagi rebat sampai 4 pips berdasarkan setiap lot. Contoh lot trading terkumpul yang loss adalah USD 4, maka FXCL akan bagi rebat USD 0.40 secara automatik
- Smart Bonus : Depo apa-apa amaun, then FXCL akan bagi 100% bonus depo. Valid sehingga hujung Jan ni sahaja
- Youtube Bonus : Subscribe je channel diorang, diorang akan bagi 130% Bonus
- Birthday Bonus : Diorang bagi 110% bonus depo
Deposit dan Withdrawal
Ada macam-macam channel yang kita boleh guna seperti Wire Transfer, Net Teller, dan Local Depo. Bagi saya, yang paling mudah adalah Local Depo. MIB dia pun ada kat Malaysia ni. So nak transfer antara bank adalah sangat mudah. MIB pulak supportive gila dan sangat membantu. Saya juga adalah antara IB bagi broker FXCL. Untuk depo dan withdrawal, boleh guna bank Maybank dan juga CIMB.
Yang lebih best rate diorang ikut rate semasa. Contoh kalo rate semasa USD 1 bersamaan RM 4, maka diorang akan ikut. Kadang-kadang ada broker yang malas nak ikut, bila rate turun tak nak adjust, tapi bila rate naik, senang je nak adjust.
Spread
Untuk spread pulak, FXCL tawarkan spread yang decent la. Tak terlalu halus dan tak terlalu tebal. Contoh macam EUR/USD, spread 1 pips ok apa. Untuk pengetahuan korang, FXCL tawarkan fix spread dan juga floating spread. Namun walaupun fix spread ditawarkan, spread akan tetap berubah sewaktu news dan juga market crash. Jadi berhati-hati ya.
Insurance Program
Yang ni best pasal FXCL ni, korang boleh setkan berapa banyak modal yang korang boleh insuranskan untuk event-event yang pelik pelik sewaktu trade. Cara untuk validkan diri dengan insurans ni adalah berdasarkan amaun of trading volume korang. Dalam erti kata lain, semakin lama korang trade kat FXCL semakin tinggi peratusan amaun modal korang yang diinsuranskan.
Nanti, sebelum korang semua membuka akaun FXCL dibawah link IB saya, perlu saya ingatkan bahawa terdapat beberapa keistimewaan yang akan korang dapat sepanjang dibawah kelolaan saya.
- Saya available bila-bila masa untuk menjawab segala persoalan berkenaan teknikaliti broker FXCL
- Saya akan membantu mana-mana masalah yang dihadapi sewaktu trade bersama FXCL
- Saya menawarkan personal coaching sama ada online atau offline secara percuma
- Nak tengok depan mata camne saya trade, boleh, kita set masa, saya bagitau terang-terang apa yang saya buat.
- Ebook-ebook free
- Sesi diskusi market. Send je gambar analisis pada saya di FB, saya akan tolong jawabkan.
BERMINAT UNTUK MULAKAN TRADE DENGAN PERASAAN AMAN DAN SAKSAMA?
Klik sini untuk daftar : DAFTAR FXCL BERSAMA IB IQBAL