Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH saya mulakan post. Inshaa ALLAH hari ini saya berkesempatan untuk mengupas dan berkongsi dengan anda semua tips tips bagaimana saya manage untuk mendapatkan psikologi trading yang tebal. Ya, psikologi sangat penting dalam trading kerana sekiranya ia tidak diuruskan maka segala plan trading yang kita buat sebelum masuk market pasti takkan terikut.
Tips Untuk Melatih Psikologi Trading Trader
Pertama, cara paling mudah untuk melatih emosi dan psikologi anda semua adalah dengan melimitkan access kepada market. Semua tahu bukan sekarang ni ada aplikasi mobile MT4 yang boleh diinstall di dalam peranti masing masing bukan? Jadi untuk mengelakkan kita mealkukan benda benda bodoh, adalah dinasihatkan supaya anda tidak install MT4 di phone anda. Alasan untuk monitor pergerakan market adalah sangat bodoh melainkan anda sememangnya seorang cutloss player. Jadi, install MT4 di laptop atau desktop sahaja
Kedua, gunakan cara single position dan juga single currency. Dengan menggunakan single position dan single currency, secara tak langsung MM anda terjaga dan juga dan perlu melakukan senaman jantung. Memang nampak menarik orang melayer sampai tak nampak background MT4 tapi percaya lah sewaktu ia merah, pasti anda akan rasa menyesal. Selain itu dengan menerapkan penggunaan single currency, sememangnya kita merasakan bosan sebab susah nak dapat signal tapi percayalah dengan fokus kepada satu pergerakan pair ia akan memudahkan anda untuk membuat agakan yang lebih rasional.
Ketiga, antara tips psikologi trading yang susah orang nak buat adalah walk away. Dalam bahasa mudahnya, lepas analisa, buat PO atau masuk manual, set TP dan SL kemudian shutdown komputer, cabut plug dan jual komputer tersebut kepada pasaraya besar. Lepas seminggu beli balik dengan harga yang lebih mahal. Untuk orang orang yang baru bermula dengan forex, cukup susah untuk mereka tinggalkan chart. Sebab diorang tengah gila untuk study chart, buat backtest dan tengah mabuk dengan profit dan lupa pada loss. Oleh itu adalah penting untuk korang belajarcara bagaimana untuk walk away dari trading desk. Kalau korang tengok dekat trading floor, tanyalah geng2 trader sana, mesti diorang cakap, aduh, bilalah nak balik rumah ni.
Dan, yang terakhir untuk memperbaiki psikologi trading adalah dengan buka akaun demo. Lepas je korang trade kat akaun real, terus logout dan bukak akaun demo. Pastu korang sekap sampai korang pengsan. Confirm hati korang puas dan benci melihat chart selepas itu. Tekan la buy dan sell sesuka hati kat demo. Takde orang nak marah nya malah korang akan bertambah pandai.
Kesimpulan
Banyak cara untuk melatih psikologi trader ini. Saya cuma kongsikan 4 cara kepada anda semua. Jika tak boleh nak amal semua, amiklah satu dan cuba. Inshaa ALLAH, gerenti psikologi korang akan lebih kemas cendol gittew.
Alhamdulillah, terima kasih atas kasih sayang Ilmu Mu.
ALLAH lah yang memberi rezeki Ilmu.
Terima kasih ALLAH
Aku pedagang jawa