Teknik Swing Trader Forex Beserta Ciri Yang Harus Ada

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH aku mulakan post. Sejajar dengan tajuk diatas aku cuba untuk mengupas sebuah karakteristik atau teknik swing trader forex harus faham supaya apa yang dilakukannya adalah betul. Sebelum itu mari kita lihat definisi swing.

Swing adalah suatu pendekatan hold entry yang sedia ada dalam satu jangka masa yang lama. Jangkamasa tersebut mungkin makan masa berminggu atau berbulan bulan. Jadi, bagaimana trader forex untuk melakukan teknik swing?

Analisa pada Higher Timeframe

Bagi seorang trader forex, untuk swing memerlukan dia untuk menganalisa chart pada timeframe yang lebih besar. Kebiasaannya dari W1, D1 dan H4. Kelebihan menganalisa pada higher timeframe adalah signal yang dihasilkan lebih berkualiti berbanding lower timeframe. Apakah faktor yang mempengaruhi kualiti sesebuah signal. Jawapannya adalah volume. Lebih tinggi timeframe, lebih tinggi volume yang dipaparkan.

Set TP dan SL

Trader forex yang menggunakan pendekatan swing juga harus menggunakan fungsi TP dan SL memandangkan selepas analisa adalah jarang untuk trader untuk melihat semula chart dalam masa yang terdekat. Oleh itu dengan adanya TP dan SL memudahkan mereka untuk menguruskan entry mereka.

Tidak Perlu Menghadap Chart Secara Kerap

Adalah dinasihatkan kepada semua swinger tidak perlu untuk menghadap chart secara kerap. Oleh yang demikian, gunakan method 1 hari atau 2 hari untuk mencari reentry bagi memaksimumkan keuntungan.

Trade Mengikut Trend

Kebanyakan swinger trade mengikut trend kerana pandangan mereka terhadap arah matawang adalah secara global. Walaupun terdapat short retracement yang bakal berlaku, mereka tidak mengambil entry berdasarkan pergerakan retracement. Ini membantu mereka untuk fokus kepada satu arah dan meningkatkan skill trading mereka dari dikelirukan dengan noise signal.

Kesimpulan

Oleh yang demikian, swing adala suatu teknik forex yang amat sesuai bagi mereka yang bermula. Saya nasihatkan agar bagi mereka yang baru bermula, gunakan pendekatan swing dahulu. Semoga ALLAH Taala berikan kefahaman kepada kita semua. Amiin.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →