Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH aku mulakan post. Sepanjang aku 5 tahun dalam forex, tidak ada mudahnya. Semuanya susah dan air mata. Bila ada orang datang memberi harapan mengatakan forex ini mudah aku rasa geram dan nak terajang mulut puaka tersebut. Kerana akhirya mereka yang membawa harapan cumalah serangga perosak yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
Penipuan forex di Malaysia bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia. Berulang ulang kali dari berbagai bagai jenis orang. Ini membuatkan aku merasa cukup mual dengan orang orang seperti ini yang menggunakan platform forex untuk menipu. Hari ini aku akan cuba berikan poin poin penting untuk kenal pasti para para penipu forex di Malaysia.
Mempunyai Plan Plan Investasi Yang Mengarut
Secara jujurnya, penipu tidak akan pernah lari dari plan plan piramid. Cuma namanya sahaja yang berubah ubah namun model dan landskap sistem tetap tidak pernah berubah. Di dalam dunia forex ni cuma ada buy dan sell sahaja. Macamana seorang penipu boleh buat sistem pairing la, bonus la, dan sebagainya? Caranya adalah melalui head hunting la. Bermaksud keuntungan bonus2 ni semua adalah dari hasil mereka yang join dibawah korang. Jadi, jika ada antara mereka yang datang kepada anda dan mengaitkan forex dengan bonus bonus pairing, sila tinggalkan mereka.
Mempunyai jaminan tetap keuntungan
Umum forex merupakan suatu model bisnes yang sangat berisiko. Hari ni depo tah tah lepas 1 jam boleh burn macam tu je. Untuk tahu bagaimana penipu ini menipu dengan platform forex, mereka akan cuba tawarkan jaminan keatas keuntungan setiap bulan secara tetap. Sebagai contoh 30% sebulan. Pasaran forex ini berombak. Hari ini mungkin trendy, besok mungkin sideway, seterusnya mungkin choppy. Agak sukar untuk memberikan satu keuntungan yang tetap setiap bulan.
Sering Memaparkan Screenshot Profit
Penipu ini juga selalu memancing orang baru dengan menunjukkan screenshot profit menggunakan lot yang tidak masuk akal. Sekiranya ini berlaku, perkara pertama yang perlu korang tanya adalah ni akaun demo atau akaun real. Agak sukar untuk sebuah akaun real membuka lot yang terlalu besar, kerana pembukaan lot berkait rapat dengan leverage.
Menawarkan Private Fund Trading
Ianya bermaksud mereka akan tawarkan untuk trade sejumlah modal dari investor. Investor akan pump modal dan penipu akan trade forex. Keuntungan adalah berdasarkan kepada perjanjian seperti 70% milik investor dan 30 percent milik trader. Namun kebanyakan mereka yang terjerat dengan fund trading ni berakhir dengan air mata. Kadang kadang lebih teruk trader tersebut terus melarikan duit yang telah diamanahkan. Private fund trade ini berbeza dengan copytrade yang mana copytrade ini mempunyai sistem yang dipantau oleh broker namun private fund trade ini lebih kepada dasar percaya sama percaya.
Kesimpulan
Agak sukar sukar bagi orang baru untuk membaca cara penipuan forex di malaysia. Mereka ini licik dan objektif mereka adalah duit duit para newbies ini. Saya berdoa agar kita semua dijauhkan daripada penipuan penipuan forex yang berlaku di Malaysia ini. Amiin.
ALLAHU MUSTAAN