3 Cara Menentukan Trend Dalam Forex

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH aku mulakan post. Hari ini aku nak berkongsi dengan semua rakan rakan trader baik yang baru ke yang lama ke yang da expired ke semua boleh. Tajuk macam yang aku tulis, cara nak tentukan trend dalam forex. Secara amnya ada banyak cara untuk tentukan trend ni. So kita flashback balik, trend cuma ada 3 sahaja iaitu :

  • Uptrend
  • Downtrend
  • Sideway

Jadi, bila jadi uptrend, mereka akan cenderung untuk cari buy je, downtrend cari sell sahaja dan sideway cari dua dua sekali. Jadi, sudahkan bro bro bersedia untuk tau apakah cara untuk tentukan trend dalam forex?

Melalui Indikator atau Tool

Cara ini adalah cara paling biasa untuk mereka yang trade. Indikator yang selalu digunakan adalah dengan menggunakan indikator dibawah section Trend. Antara contoh indikator yang menentukan trend adalah

  • Moving Average
  • ADX
  • Parabolic SAR

Selain menggunakan indikator, trader juga menggunakan tool sebagai penentuan trend seperti :

  • Equdistrian Channel
  • Trendline
  • Trendline with Angle.

Cara mereka melukis adalah dengan menyambung dua kawasan Hi dan Lo.

Melalui Fundamental Analisis

Cara menggunakan fundamental adalah cara yang biasa digunakan oleh mereka yang bergelar swinger dan position trader. Mereka tak menggunakan news news kecil untuk menentukan trend tapi mereka lebih fokus kepada kadar pertukaran interest rate dan juga fiskal policy sesuatu negara. Jika dua faktor ini berubah, maka mereka juga akan mula akan mengubah posisi trading mereka berdasarkan kepada keadaan semasa.

Melalui sentimen

Ada juga kalangan trader yang menggunakan sentimen untuk menentukan trend. Mereka menggunakan logic, jika ramai yang memilih buy maka mesti trend adalah uptrend. Antara cara-cara sentimen yang digunakan adalah.

  • Melalui pemerhatian dari group group social seperti facebook, whatsapp dan telegram sebagai contoh
  • Melalui sentiment meter yang disediakan oleh broker terhadap semua order order client mereka.

Kesimpulan

Secara amnya terdapat banyak cara untuk menentukan trend. Kitalah yang harus memilih method mana yang paling sesuai dengan kita. Seperti saya, saya tak menentukan trend kerana saya menggunakan konsep cross hedge yang tak memerlukan kepada penentuan trend. Jika anda berminat, anda boleh klik pada notification bar dibawah berkenaan dengan sistem trading keris sakti.

Alhamdulillah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →