Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH aku mulakan post. Hari ini aku akan berkongsi dengan semua tentang 3 cara bagaimana untuk menggunakan moving average di dalam forex. Secara amnya, moving average merupakan satu indikator percuma yang dibekalkan di dalam platform MT4 mahupun MT5. Indikator ini bersifat dengan mengesan trend dalam satu pergerakan harga. Disebabkan indikator ini ringkas dan mudah untuk dipelajari, ianya menjadi salah satu indikator yang paling popular digunakan oleh para trader.
Cara Pertama Menggunakan Moving Average (Simple Moving Average)
Ini merupakan cara yang paling asas dalam menggunakan moving average. Mana-mana price yang berada diatas line MA, ianya bermaksud price dalam keadaan Uptrend dan para trader harus fokus untuk buy sahaja. Jika price berada dibawah line MA, ianya bermaksud downtrend. Maka trader pula akan mula mengintai peluang sell sahaja.
Cara Kedua Menggunakan Teknik Moving Average (MA Crossover)
Cara kedua pula adalah dengan menggunakan dua MA dalam satu masa yang sama. Kebiasaannya dua dua MA ini mempunyai setting period yang berbeza dan setting yang paling popular adalah MA period 200 dan MA period 50. Cara untuk entry menggunakan teknik ini adalah apabila kedua dua MA ini bersilang, maka trader akan melakukan entry berdasarkan persilangan tersebut.
Cara Ketiga Teknik Moving Average (Multi Timeframe MA)
Cara ini pula adalah dengan menggunakan Moving Average yang sama setting namun dibaca pada dua Timeframe yang berbeza, misalnya TF H1 dan TF M30. Higher Timeframe digunakan sebagai petunjuk trend, manakala lower Timeframe digunakan sebagai entry. Sebagai contoh, apabila price berada di atas MA TF H1, maka trader harus mencari peluang untuk price break dan berada diatas MA pada lower Timeframe seperti TF M30. Apabila trend dan entry selari, maka ia memberikan kebarangkalian yang tinggi untuk profit.
Kesimpulan
Moving average merupakan satu teknik dan indikator yang paling mudah untuk dipelajari. Ianya amat digalakkan bagi trader trader baru menggunakan strategi ini. Namun, entry hanyalah salah satu dari bahagian trading. Jika anda ingin belajar dengan lengkap satu kitaran trading forex, boleh cuba untuk melihat Sistem Trading Keris Sakti yang dibangunkan oleh saya yang meliputi segala aspek trading.
Alhamdulillah, teirma kasih ALLAH. Amiin