Cara Bagaimana Broker Forex Tipu Trader

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH saya mulakan post. Hari ini saya akan berkongsi dengan semua tentang cara-cara dan teknik bagaimana broker forex cuba untuk tipu trader. Sebagai pendahuluan, broker merupakan orang tengah yang diamanahkan untuk menjalankan transaksi yang ditetapkan oleh para trader. Mereka mendapat keuntungan berdasarkan daripada Spread, Komisen dan juga perbezaan rate Deposit dan Withdrawal. Namun, terdapat juga broker broker yang tidak bertauliah scam trader trader yang kurang berpengetahuan.

Ciri Pertama Broker Forex Penipu (Urusan Depo dan Withdrawal Yang Lambat)

Ciri pertama adalah masalah dalam urusan deposit dan withdrawal duit client. Kebiasaannya wd yang selalu bermasalah. Deposit jarang untuk bermasalah melainkan broker tu memang pure scam. Kebiasaannya mereka akan menggunakan alasan urusan sedang diproses, ataupun duit sangkut dengan bank negara, ataupun lagi sadis kata yang trader menggunakan style trading yang tak dibenarkan berdasarkan TnC blablablabla. Kemudian mereka proceed dengan profit cancellation. Jika korang menghadapi problem seperti diatas, adalah disarankan untuk tidak terus trade bersama broker tersebut. Keluarkan semua modal yang ada.

Ciri Kedua Broker Forex Penipu (Spike Price)

Spike price ataupun whipsaw sentiasa berlaku didalam market forex. Namun, ianya hanya berlaku di waktu ketika market terlalu volatile, menyebabkan price bergerak secara laju dalam dua arah menyebabkan ramai trader yang makan SL. Spike price broker scam pula adalah ianya tidak terjadi pada waktu market volatile. Mereka menggunakan cara ini adalah untuk memakan SL yang diletakkan oleh para trader dan sentiasa membuatkan trader dalam keadaan rugi. Selain itu, korang juga boleh gunakan cara membandingkan pergerakan harga antara broker. Jika broker2 lain tidak menunjukkan spike, bererti broker tersebut sedang melakukan SL Hunting melalui spike price.

Ciri Kedua Broker Forex Penipu (Menutup Order Trader)

Ciri terakhir adalah broker itu sendiri menutup order trader tanpa kebenaran trader itu sendiri. Ianya bermaksud broker secara sengaja close entry yang dibuat oleh trader dalam keadaan rugi. Perkara ini merupakan perkara yang paling laknat dilakukan oleh broker. Oleh hal yang demikian, jika anda mengalami masalah tersebut, percayalah, ianya bukan broker yang bagus walau seribu alasan diberikan untuk mereka menutup salah mereka.

Kesimpulan

Secara amnya masih banyak lagi cara broker scam ini gunakan untuk meraih keuntungan dari para trader yang tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi. Oleh itu adalah wajar untuk trader baru lakukan sedikit research di internet terhadap ketelusan broker pilihan mereka.

Alhamdulillah, terima kasih ALLAH.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →