Asas Support and Resistance Dalam Forex

Bismillahirrahmanirrahim

Pendahuluan

Support and Resistance atau sering dipanggil (SNR) merupakan suatu teknik klasik yang sering digunakan oleh para trader. SnR merupakan suatu cara yang mana trader akan menanda suatu paras harga yang paling tinggi dan paling rendah, sesuai sebagai kawasan untuk mencari point entry dengan kadar risiko yang minimum.

Masalah Semasa

Kita dapat lihat, kebanyakan trader hanya tahu bagaimana untuk menandakan kawasan-kawasan support dan resistance namun gagal untuk memahami apakah yang berlaku disebalik support dan resistance. Post kali ini saya akan ulas semua perkara yang berlaku disebalik tabir SnR itu sendiri.

Asas Support and Resistance

Cara Tanda : SnR sering ditanda dengan cara mencari kawasan yang melakukan u turn. Ia merupakan salah satu kawasan psikologi yang akan mempengaruhi keputusan seseorang trader. History always repeat itself, maka sebab itu ia menjadi kawasan yang menarik untuk entry.

Hubungan SnR dan Market Order : Kawasan SnR juga kebiasaannya kaya dengan order order yang diletakkan oleh para trader. Oleh hal demikian kawasan kawasan ini merupakan antara kawasan yang paling liquid dan mudah untuk price melakukan gerakan besar besaran.

Hubungan SnR dengan Timeframe : Semakin tinggi timeframe, semakin kuat kekuatan SnR itu sendiri. Sebagaimana kita tahu, terdapat berbagai bagai jenis trader, iaitu scalper, intra dan swinger. Mereka ini dibahagikan berdasarkan dari Timeframe yang mereka trade. Sekiranya kita menandakan SnR di lower timeframe, hanya order dari trader scalper sahaja yang dipenuhi, namun jika SnR ditandakan di Higher Timeframe, maka order yang dilihat lebih banyak kerana melibatkan scalper, swinger dan intra.

Hubungan SnR dengan Entry : Ramai dikalangan kita menyatakan bahawa asas support dan resistance itu adalah mencari reversal point di kawasan tersebut. Jawapan tersebut adalah betul. Namun, untuk memperkuatkan lagi signal reversal tersebut. Saya sarankan kepada trader untuk entry pada kawasan SnR yang terjadinya breakout. Secara mudahnya, Signal reversal merupakan permulaan bahawa trend akan berubah. Namun, ianya masih boleh menjadi fake signal. Oleh itu, adalah baik untuk trader tunggu sehingga price break SnR sebelumnya untuk menunjukkan bahawa momentum signal tersebut telah muncul.

Hubungan SnR dan Momentum : Sekiranya range pip candle di kawasan SnR semakin kecil, ia menunjukkan bahawa momentum trend semasa semakin berkurangan dan perlahan. Namun ia bukanlah satu perkara mutlak bahawa price akan membuat reversal, kerana ianya berkemungkinan price sedang dalam fasa berehat.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, SnR merupakan kawasan yang baik untuk trigger entry para trader. Oleh itu, para trader tolong ingat sifir ini untuk trade menggunakan SnR.

-Semakin besar TF, semakin kuat SnR

-Reversal signal di SnR hanyalah petanda trend mungkin berubah. Entry hanya terjadinya breakout pada SnR sebelumnya.

Adakah anda bersetuju bahawa asas support and resistance merupakan perkara yang penting yang trader perlu fahami sebelum trade? Bincangkan bersama saya di FB personal saya.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →