Bismillahirrahmanirrahim
Pengenalan
Teknik support dan resistance boleh digunakan dalam berbagai cara. Sebelum ini saya telah terangkan bagaimana untuk menggunakan atau memanfaat teknik snr ini semasa ranging. Namun ianya juga boleh digunakan semasa trending phase. Trending phase adalah konsep yang mana price akan sentiasa mencipta higher high semasa uptrend ataupun mencipta lower low semasa downtrend. Untuk trading support dan resistance semasa trending, terdapat beberapa syarat yang perlu dilihat.
Teknik Support dan Resistance Semasa Trending
Perkara yang perlu dilihat adalah ketika price sedang uptrend, cuba cari price yang telah breakout kawasan resistance, manakala ketika downtrend, cari kawasan suppoprt yang telah breakout. Kawasan snr yang telah breakout menunjukkan bahawa terdapat momentum yang kuat yang berjaya memecahkan kawasan harga tersebut membuatkan ianya mampu memecahkan order yang menjadi penghalang untuk price trending.
Perkara kedua adalah tunggu price untuk retrace semula kawasan SnR yang telah dipecahkan. Apabila price mampu memecahkan kawasan SnR, kebiasaannya price akan “berehat” sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Teknik trading support dan resistance ini memerlukan trader menunggu melakukan entry dikawasan tersebut bagi meminimumkan risk dan meningkatkan lagi potensi keuntungan.
Perkara terakhir adalah gunakan candlestick pattern sebagai confirmation untuk entry. Terdapat dua jenis candlestick pattern yang boleh dipilih sama ada candlestick continuation pattern seperti inside bar ataupun candlestick reversal signal seperti pinbar. Pastikan supaya price tidak mampu untuk masuk semula kawasan SnR yang dipecahkan. Cuma meninggalkan shadow rejection saja untuk menunjukkan bahawa price akan meneruskan pergerakan trending.
Kesimpulan
Dengan adanya ketiga2 point diatas, ianya akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk profit di dalam trading. Hanya menggunakan teknik asas seperti support dan resistance membuatkan kita mampu untuk mengikut dan membaca pergerakan market. Adakah anda bersetuju dengan point saya diatas? Jika anda juga ada point yang ingin dikongsi, silakan untuk komen dibahagian komen dan kita akan berdiskusi tentang point tersebut. Terima kasih kerana membaca.
Alhamdulillah
Baca Juga : Rahasia Support dan Resistance Mengenai Manipulasi Pasaran