Teknik Forex Support dan Resistance Untuk Keadaan Ranging

Bismillahirrahmanirrahim

Pengenalan

Teknik Forex Support dan Resistance merupakan suatu teknik klasik yang sentiasa digunakan oleh para trader. Teknik ini pula boleh digunakan dalam berbagai cara dan keadaan, mengikut kepada cara pandangan trader terhadap SnR itu sendiri. Secara umumnya terdapat dua cara untuk trade dengan SNR ini sama ada semasa ranging mahupun trending.

Baca Juga : Teknik Support dan Resistance Untuk Trending Phase

Teknik Forex Support dan Resistance (Ranging)

Ranging ataupun sideway bermaksud trend sedang bergerak dalam dua arah dengan momentum yang sama kuat. Kebiasaannya sideway akan berlaku ketika price berada dipuncak atau penghujung trend. Sekiranya ia berlaku ketika itu, ia berkemungkinan bahawa akan berlaku reversal yang besar.

Namun, amatlh sia sia jika trader tidak memanfaatkan  pergerakan ranging tersebut. Teknik forex support dan resistance ini membuatkan trader mampu makan atas bawah macam seorang yang pro. Oleh itu, bagaimana untuk trade snr ketika ranging? Terdapat beberapa peraturan yang perlu dikenalpasti.

Kawasan SnR mempunyai 2 atau lebih bouncing pada satu line harga yang sama. 2 kali bounce menunjukkan bahawa price sedang terperangkap didalam satu ruang harga dan belum mempunyai momentum yang kuat untuk memecahkan kawasan tersebut.

Kawasan Entry pula adalah dikawasan bounce tersebut dan SL kebiasaannya adalah shadow candle. Destinasi TP pula adalah line harga yang berlawanan dengan bounce tersebut. Sebagai contoh bila anda masuk Sell di kawasan Resistance, target TP anda adalah di kawasan Bounce Buy.

Teknik ini juga harus mendapat konfirmasi dengan pembentukan candle. Ianya akan meningkatkaan lagi kebarangkalian bahawa setup tersebut akan berjaya. GUnakan Candlestick reversal signal sahaja untuk entry. Antara contoh CRS adalah pinbar, hammer dan inverted hammer. Anda boleh setkan SL dikawasan rejection shadow.

Kesimpulan

Dengan 3 peraturan tersebut, anda mampu untuk menjana keuntungan melalui teknik forex support dan resistance. Sentiasa berlatih untuk mempertajamkan intuisi hati anda bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan ranging.

Bagaimana anda rasakan selepas membaca artikel ini? Adakah anda mempunyai sebarang point yang rasanya relevan untuk ditambah? Beritahu saya diruangan komen dan kita boleh berinteraksi dan bertukar pendapat dan kefahaman antara saya dan anda.

Alhamdulillah

 

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →