Cara Trading Dengan Support dan Resistance Bahagian 2

Bismillahirrahmanirrahim

Pengenalan

Terdapat banyak cara trading dengan support dan resistance yang boleh kita jumpa di internet. Kesemua teknik tersebut adalah betul dan kita harus memilih yang manakah sesuai dengan jiwa kita sebagai seorang trader. Oleh itu adalah tanggungjawab kita untuk melakukan backtest dalam mencari keserasian kita dengan teknik snr itu sendiri.

Baca Juga : Teknik Forex Support dan Resistance Untuk Keadaan Ranging

Cara Trading dengan Support dan Resistance

Secara umumnya, terdapat dua cara untuk trade dengan SnR. Yang pertama adalah Breakout dan kedua adalah Bounce. Kebiasaannya trader menggunakan confirmation daripada candle pattern untuk melakukan entry.

SnR Breakout Trading adalah cara trade yang menggunakan pendekatan apabila price berjaya memecahkan kawasan snr tersebut dengan sebatang candle yang kuat seperti candle marubozu, maka trader akan terus membuat keputusan untuk trigger entry sama ada melalui cara instant mahupun pending order. Alasan trader adalah jika sesuatu kawasan SnR berjaya dipecahkan dengan momentum harga yang mampu untuk close melebihi kawasan SnR, ia menunjukkan bahawa terdapat order yang besar mampu mengatasi order yang cuba menjadi perintang kepada pergerakan harga semasas. Kebanyakan trader seperti ini menggunakan instant order dan SL mereka juga agak besar kerana mereka tidak menunggu untuk price retrace. Namun mereka akan sentiasa tidak akan terlepas dengan mana mana pergerakan price laju dan bergerak satu arah.

SnR Bounce trading pula adalah suatu cara yang menunggu momentum price melemah dan seterusnya melakukan pantulan dikawasan SnR. Momentum price yang semakin melemah menunjukkan bahawa price tidak mampu lagi untuk meneruskan pergerakan harga semasa dan membuatkan price akan melakukan reversal. Kebiasaannya, trader akan menunggu rejection shadow dikawasan SnR tersebut sebagai confirmation bahawa price betul betul tiada momentum untuk teruskan perjalanan. Antara candle pattern yang popular digabungkan dengan teknik bounce ini adalah Candlestick reversal signal seperti pinbar.

Namun, terdapat juga mereka yang menggabungkan dua cara ini iaitu bounce dan break trading. Teknik ini adalah merupakan teknik utama yang diajarkan didalam Sistem Trading Keris Sakti yang mampu memberikan probability winning rate yang tinggi.

Kesimpulan

Cara Trading dengan SnR ini mempunyai banyak pendekatan yang boleh dipilih oleh trader. Oleh itu para trader boleh memilih mana mana cara tersebut dan tidak ada salah dan silap jika memilih cara pertama atau cara kedua untuk trade. Setiap setup yang kita temui hanya memberi kebarangkalian bukannya jaminan.

Alhamdulillah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →