Teknik SnR Forex Mudah Bahagian Satu

Bismillahirrahmanirrahim

Pengenalan

SnR ataupun support and resistance merupakan teknik klasik yang sudah digunakan oleh ramai trader sejak berzaman. terdapat banyak teknik snr forex mudah untuk dibelajari. Anda boleh pilih mana mana sahaja cara yang mudah untuk difahami dan diadaptasikan di dalam profile trading anda. Post kali ini akan menjelaskan sedikit asas-asas kepada snr forex.

Teknik SnR Forex Mudah

Teknik SnR merupakan sebuah teknik yang digunakan untuk menandakan kawasan high dan low di dalam satu satu kawasan. Mereka seringkali menggunakan tools horizontal line untuk menandakan kawasan tersebut. Kawasan SnR seringkali dijadikan sebagai zon pemerhatian para trader untuk mencari reversal mahupun continuation. Ianya jarang digunakan secara bersendirian dan memerlukan second opinion daripada indikator yang lain.

Baca Juga : Cara Trading Dengan Support dan Resistance Bahagian 2

Support merupakan harga lantai yang ditanda oleh trader manakala Resistance merupakan harga siling yang ditandakan oleh trader. Ketika price menghampiri kawasan Support, trader cenderung untuk mencari peluang Buy manakala jika price menghampiri kawasan Resistance, trader akan cuba mencari peluang Sell. Cara ini bertepatan dengan idea Buy Low Sell High yang mana ianya digunakan untuk meminimumkan risk yang sedia ada dengan potensi reward yang lebih besar. Dalam mencari Buy Low Sell High ini, trader seringkali menggunakan confirmation dari candlestick pattern untuk melakukan entry. Antara candlestik pattern yang sering digunakan bersama teknik snr forex yang mudah adalah candlestick reversal pattern seperti hammer, inverted hammer, dan pinbar.

SnR juga seringkali merupakan kawasan yang ideal yang mana terdapat banyak lambakan pending order yang membuatkan kawasan tersebut menjadi sangat berkuasa. Apabila kawasan tersebut mempunyai bulk order yang terlalu banyak berbanding kawasan yang tiada SnR, maka price akan bergerak dalam satu arah yang membentuk trend. Sebagai contoh, price yang sedang menghampiri kawasan Resistance telah mengaktifkan Sell Order yang lebih banyak berbanding daripada kuasa Buy yang sedia ada. Secara matematiknya, perumpamaannya adalah seperti berikut, kuasa Buy semasa adalah 50, namun kuasa Sell yang diaktifkan adalah sebanyak 100, dan mempunyai tenaga yang lebih besar untuk melawan kuasa Buy. Oleh itu price akan mula bergerak dengan arah order yang diaktifkan.

Bagaimana order yang banyak boleh berkumpul dikawasan SnR? ini berlaku kerana SnR merupakan asas kepada kebanyakan semua trader forex. Malah perangkaan indikator indikator juga kebanyakannya menepati fundamental SnR seperti indikator Stochastic Oscillator. Apabila terlalu banyak trader mempunyai idea yang sama, maka perkumpulan order yang besar terjadi menyebabkan order tersebut mampu untuk menolak tenaga trend semasa sama ada projection trend mahupun retracement.

Kesimpulan 

Snr merupakan teknik klasik yang harus dipelajari oleh semua trader. Dengan menguasai asas ini, perjalanan liku anda sebagai trader forex akan menjadi lebih mudah. Bagaimana pula pandangan anda berkenaan teknik forex snr ini? Jika ada soalan mahupun pendapat, kongsikan sahaja bersama saya untuk bertukar pendapat diruangan komen.

Alhamdulillah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →