Jenis-Jenis Trader Forex di Malaysia

 Bismillahirrahmanirrahim

Pendahuluan

Di dalam dunia trading, terdapat 4 jenis trader forex. Jenis jenis trader ini secara amnya telah diklasifikasikan berdasarkan masa dan frekuensi trading mereka. Para trader bebas untuk memilih jenis trader mana yang sesuai dengan diri mereka sendiri. Ada yang memilih satu jenis sahaja, namun ada yang memilih lebih dari satu jenis yang mana kebiasaannya dibuat oleh Full Time Trader.

4 Jenis Trader Forex

Scalper

Trader ini merupakan trader yang menggunakan timeframe 15 min kebawah untuk trade. Peluang setup yang dijumpai oleh scalper juga banyak. Selalunya scalper mempunyai TP sekitar 1 hingga 5 pips. Para scalper sangat terkesan dengan spread kerana spread boleh memberi impak besar untuk price hit TP dan SL. Selain itu, Scalper juga sering terdedah dengan fake signal.

Intraday

Trader ini biasanya menggunakan timeframe M15 hingga H1. Peluang setup yang boleh dijumpai adalah dalam kadar sederhana sekitar satu setup setiap hari. Kemudian mereka akan tunggu untuk hit TP atau SL dalam sehari atau dua jika market trending. Intraday tidak begitu terkesan dengan keadaan spread

Swinger

Trader ini menggunakan timeframe H4 hingga W1 untuk melakukan analisa. WI sebagai petunjuk arah, D1 sebagai penguat dan H4 sebagai point of entry. Signal entry juga sukar untuk di dapati namun berkualiti. Mereka menunggu sehingga berminggu untuk TP kerana expectation pergerakan pips yang besar. Mereka juga tidak begitu terkesan dengan keadaan spread.

Position

Trader jenis ini merupakan trader yang bersifat investor. Mereka akan trade pada timeframe W1 hingga MN1. Trader ini lebih mengutamakan trend berbanding point of entry. Setup untuk position trader agak jarang, kadang kadang sehingga berminggu untuk menanti satu setup terbentuk. Mereka akan hold position mereka lebih kurang 2 atau 3 bulan bagi memastikan keuntungan yang maksimum.

Kesimpulan

Daripada jenis jenis trader yang telah diterangkan, terdapat 4 jenis trader yang boleh anda pilih. Sebelum itu pastikan dahulu jenis mana yang sangat cucuk dengan diri anda. Jangan terlalu mengikut orang lain kerana lain orang lain cara dan keadaannya. Namun jika anda orang yang baru mula untuk trade, saya sarankan untuk bermula dengan jenis swinger dahulu. Setiap style mempunyai pro and con masing masing. Scalper banyak signal namun terdedah dengan fake signal, manakala position trader terlalu sedikit signal namun signal yang diberikan adalah berkualiti.

Jadi, apakah jenis trader anda? Anda setuju untuk menyokong kenyataan saya bahawa newbies patut bermula sebagai seorang Swinger? Jom kongsi pendapat anda.

Alhamdulillah, terima kasih ALLAH

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →