Rahasia Support dan Resistance Mengenai Manipulasi Pasaran

Bismillahirrahmanirrahim

Pengenalan

Ramai trader telah mengetahui dan mempelajari mengenai asas snr. Namun, berapa ramaikah yang mengetahui berkaitan dengan rahasia support dan resistance? Mereka trade menggunakan snr namun kadang2 dan sentiasa ditipu apabila price bergerak melawan arah. Oleh itu post kali ini akan menjelaskan rumus support dan resistance yang perlu trader tahu untuk meningkatkan probability win rate trading mereka.

Rahasia Support dan Resistance (Manipulasi)

Secara amnya, asas snr mengajar kita untuk buy at support dan sell at resistance. Ianya juga bertepatan dengan konsep buy low and sell high dalam meminimumkan risk pasaran. Namun, kelemahan cara ini akan menyebabkan price sentiasa dimanipulasi oleh trader trader besar membuatkan mereka serba serbi salah dalam menentukan titik entry.

Baca Juga : Teknik SnR Forex Mudah Bahagian Satu

Jika anda trader lama, pasti anda pernah melalui perkara ini. Senario dia, anda telah melihat Candlestick Reversal Signal berlaku dikawasan Resistance. Anda mengambil keputusan untuk Sell disebabkan confluence factor yang terjadi. Namun, apabila anda Sell price tidak turun dan terus naik menyebabkan line resistance tersebut break.

Selepas CRS tersebut tidak valid, anda lihat muncul pula signal Candlestick continuation pattern yang menunjukkan price akan bergerak mengikut arah semasa. Oleh itu, berdasarkan analisa anda, price telah break resistance dan membentuk continuation pattern, maka anda buat keputusan untuk Buy. Ya, price bergerak kearah buy dalam beberapa puluh pip dan anda amik keputusan untuk hold swing. Namun beberapa ketika, price berpatah balik kearah kawasan Support Become Resistance (SBR) menyebabkan anda amik keputusan untuk reentry apabila terjadi CRS.

Malang tak berbau, price terus menurun lalu mencium SL anda membuatkan anda loss. Keadaan ini menyebabkan anda Buy salah dan Sell pun salah. Ini menyebabkan anda mula tak keruan dan ingin membalas dendam lalu semua trading plan anda tidak diikuti dengan berdisiplin. Anda mula buang SL dan menggunakan teknik harapan dan berakhir dengan MC.

Jika anda begitu, sedarlah bahawa anda baru sahaja mengalami manipulasi pasaran. Untuk mengatasi manipulasi pasaran, caranya adalah dengan menggabungkan prinsip breakout dan bounce secara serentak. Sebagai contoh diatas, walaupun anda telah melihat terdapat reversal, jangan entry lagi. Biarkan ianya breakout dahulu. Sewaktu breakout, bukanlah untuk anda buat entry, namun menunggu reaksi seterusnya.

Anda mula melihat price bounce dan menghala kearah resistance sebelum ini. Jangan mencari reversal pada ketika ini. Seharusnya anda harus melihat signal continuation iaitu price break semula kawasan tersebut. Jika berlaku, itulah petanda untuk anda entry. Pasaran sering mempermainkan para trader dengan melakukan fake move seperti contoh diatas. Oleh itu, kita tunggu pasaran habiskan dulu langkah fakemove mereka dan masuk diakhir gerakan tersebut.

Kesimpulan 

Kesimpulannya, trader harus menggabungkan prinsip breakout dan bouncing dalam satu masa. Itulah sahaja cara bagaimana untuk menghadapi gerakan fakeout yang dibuat oleh pasaran forex.

Alhamdulillah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →