Bismillahirrahmanirrahim
Forex factory merupakan satu website yang sangat popular sebagai rujukan news dan fundamental bagi pasaran matawang. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya banyak trader forex menjadikan forex factory sebagai bahan news utama mereka. Namun, masih ada antara mereka yang masih keliru tentang cara membaca news pada forex factory. Ianya tidaklah sesusah yang disangkakan dan disebabkan website tersebut mesra pengguna dan senang untuk dibaca, seorang trader hanya memerlukan sedikit masa untuk memahami data yang dipaparkan.
Terdapat beberapa aspek kritikal yang perlu difahami oleh ramai trader untuk membaca news di forex factory. Aspek aspek tersebut ialah :
- Impak News
- Tarikh News Release
- Jenis Currency
- Butiran
Terdapat empat jenis impak news yang dipaparkan di dalam Forex Factory. Yang pertama adalah merah, (high impact), oren (medium impact) dan kuning (low impact). Ukuran impak dikira berdasarkan sejarah pergerakan pips pada sebelum ini. Sebagai contoh, FOMC adalah antara news yang berimpak besar kerana ia mampu menggerakkan harga sehingga ratusan pips. Oleh itu kebiasaannya terdapat ramai para trader hanya menumpukan kepada news yang berimpak tinggi sahaja.
Selain itu, tarikh news release juga perlu diambil kira. Tarikh ini membolehkan trader untuk plan strategi trading mereka. Ada antara trader yang tidak suka untuk terjerat dengan news seperti scalper. Oleh itu, mereka akan close kebanyakan position mereka sebelum news release dan trade semula selepas sehari news merah tersebut berlaku. Bagi swing trader pula, mereka lebih selesa untuk mengharungi news kerana bagi mereka ia adalah lubuk besar untuk membuat keuntungan yang lebih tinggi. Perlu diingat, keuntungan yang tinggi juga datang dengan risiko yang tinggi.
Seterusnya jenis currency juga perlu diambil kira. Terdapat beberapa currency utama yang perlu diketahui iaitu USD, GBP, JPY, NZD, AUD, EUR, CAD, CHF, USD. Kelapan lapan currency ini sudah cukup untuk membuatkan trader mengaut keuntungan melalui forex. Tidak disarankan untuk mengambil currency currency exotik seperti ZAR, TAR dan sebagainya.
Yang terakhir adalah detail atau butiran. Bagi anda yang mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi, anda boleh klik pada detail untuk mengetahui secara lebih lanjut bagaimana news tersebut memberi impak kepada pergerakan matawang. Bagi masa panjang, adalah baik untuk anda tahu dan belajar mengapa ianya bergerak dan bagaimana ianya mempengaruhi pasaran matawang.
Selain itu, terdapat satu lagi faktor penting yang perlu diketahui untuk membaca news forex factory ini adalah data Actual. Bagi mereka yang malas untuk ambil port, selalunya mereka hanya melihat kepada data actual sahaja. Data ini akan muncul selepas sesuatu news itu diumumkan. Indikator data actual ada tiga warna iaitu hijau, merah dan kelabu. Sekiranya news result tersebut hijau, bermaksud currency tersebut sedang menguat dan trader cuba untuk ambil buy position. Sekiranya news result tersebut merah, ia menunjukkan currency itu sedang melemah dan trader cuba untuk sell currency tersebut. Dan terakhir, sekiranya ianya kelabu, ia tidak membawa apa2 pergerakan signifikan kepada currency tersebut.
Kesimpulannya adalah mudah untuk membaca news pada forex factory ini. Malah ianya mudah untuk dihadam kerana dimuatkan dengan info dan petunjuk bewarna bagi mereka yang baru berjinak dengan forex ini. Akhir sekali jangan lupa share dengan rakan rakan tentang artikel ini. Terima kasih kerana sudi untuk pelajari cara baca news di forex factory.
Alhamdulillah
Baca juga : Teknik Analisis Fundamental Forex