Jenis Jenis Emas Di Pasaran Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Emas merupakan antara komoditi yang amat lazim dalam kalangan manusia. Malah emas juga terdapat banyak jenis yang perlu diketahui. Ada jenis yang sangat sesuai untuk dibuat pelaburan dan ada yang sesuai untuk perhiasan. Oleh itu, adalah perlu untuk ketahui apakah jenis jenis emas di pasaran negara Malaysia ini supaya ianya sesuai dengan kehendak dan keperluan seseorang.

Jenis Emas Berdasarkan Warna

  • Emas Kuning, biasa didapati di pasaran dan ianya adalah mahal
  • Emas Putih, biasa juga didapati dipasaran. Murah dan menjadi alternatif bagi mereka yang on bajet
  • Emas merah. Jarang ada di Malaysia. Terbentuk berdasarkan daripada percampuran emas tulen dan tembaga. Biasa dilihat pada barang perhiasan
  • Emas hijau, campuran antara emas tulen 24 karat, kadmium, perak dan tembaga

Selain itu, emas juga mempunyai berbagai bentuk. Dan bentuk tersebut adalah berdasarkan kepada tujuan kepada pembuatan emas itu sendiri. Oleh itu antara bentuk bentuk yang popular adalah seperti berikut :

  • Emas jongkong, biasa digunakan oleh negara-negara sebagai simpanan rizab emas mereka
  • Syiling Emas, antara instrumen dan bentuk pelaburan yang popular pada masa kini
  • Emas Perhiasan, emas yang digunakan untuk barang perhiasan dan sentiasa mempunyai nilai pasaran yang murah akibat sentiasa ditempa
  • Emas granule, bentuk yang biasa didapati sewaktu mendulang emas. Ianya berbentuk seperti butiran pasir dan ianya adalah bentuk asas emas sebelum ditukar menjadi jongkong atau syiling

Oleh itu, pemilihan kepada jenis emas adalah berdasarkan kepada keperluan pengguna itu sendiri. Bagi mereka yang ingin menggunakan emas sebagai perhiasan, antara risiko yang dihadapi adalah penyusutan nilai yang agak tinggi disebabkan emas tersebut sentiasa dipakai dan mempunyai risiko emas tersebut terkikis dari logam perhiasan.

Untuk mereka yang ingin melakukan kaedah simpan dan jual bagi tujuan pelaburan, gunakan emas emas seperti syiling emas sebagai pilihan. Biasanya keburukan memiliki emas bagi tujuan pelaburan adalah ianya tidak boleh dipakai seperti membuka plastik yang membaluti emas demi menjaga nilai emas itu sendiri.

Jadi, dimanakah pilihan anda? Sama ada memilih jenis emas bagi tujuan pelaburan atau bagi tujuan peragaan.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →