Forex Susah Atau Senang

Bismillahirrahmanirrahim

Kat FB, banyak yang aku tengok, orang post screen shot merata. Lihat lah teknik XXX saya, sangat best sangat kool, hari hari popit macam padang rumput. Mudah, senang, ikut je SOP yang diberikan. Wah, mudahnya lah bercakap dari buat. Pernah ada sorang member tanya soalan ni kat aku, Forex ni susah ke senang?

Aku bagi jawapan yang paling tulus dan jujur kat dia. “Susah, kalo boleh putar waktu, aku tak nak kenal forex ni, tapi sebab aku da 4 tahun trade tak untung, aku tak leh stop.” Sejak daritu dia da tak tanya da pasal forex kat aku.

Memang senang forex ni. Benda tekan buy dan sell je. Yang jadi paling susah adalah psikologi. Percayalah. Bukan senang nak tahan diri bila nak reentry. Lagi satu yang ajaib, banyak trader sanggup float rugi, sama la cam aku hahaha. Tapi bila biru semua cuak bila nak close cepat2 takut price patah balik. Hhuhuhu

Ada sorang brader tu, teknik dia memang takde SL, dia sanggup float sampai 50% akaun semata mata nak dapat profit 10 pips. Memang ada banyak trader suka buat camtu. Sebab tu bila tengok screenshot berderet deret biru sebab makan 10 pips banyak2.

Aku tak cakap cara tu salah, asalkan boleh buat untung apa salahnya. Tapi yang digariskan oleh para pelabur international, asalkan profit lebih untung da cukup. Tambah lagi susah ngn forex ni bila ko rasa teknik yang ko belajar da best, tapi bila masuk satu fasa market yang tak memihak pada teknik tu, mula la loss memanjang dan cari teknik lain.

Itulah pasal aku pun dulu jadi butterfly trader. Macam mentega je rasa dia bila belajar banyak giler teknik. So kalo orang tanya aku susah ke senang, jawapan aku still sama.

SUSAH.

Salam puasa 2 Ramadhan

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →