Spread Kangkang Di Kala Pagi Hari

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni aku trade, pagi tadi, aku tak perasan spread kangkang. Pastu lak aku masuk manual. Aishhh pelajaran betul la. Patutnya sebelum aku masuk aku tengok dulu spread berapa. Aku trade kat pair GBP/CHF tadi. Selalu dalam 5 pips spread, tapi bila pagi hari 15 pips.

Perghhh sendu bai. Rasa cam nak menangis air mata berdarra bro. Kalo korang nak tau spread kangkang bese jadi waktu tak aktif. Spread kangkang ni pun terjadi pasal tak ramai player iaitu buy dan seller. Bila tak ramai buyer dan seller, diorang terpaksa la makap spread supaya leh sampai kepada price yang sama ada buyer atau seller nak.

Spread ni ko kena tengok dia sebagai kos operasi. Semakin kangkang, semakin tinggilah kos operasi. Sebagai seorang yang mempunyai bisnes minded, kita kena cuba elakkan daripada menanggung belanja operasi yang tinggi.

Itulah, tamak sangat aku ni. Menggelupur nampak signal, padahal kena SL tu. Hahaha. Mana ada yang indah selalu kat dunia ni. Mesti la ada baik dan buruknya. Dan baik dan buruknya tu lah kita nikmati. Sepertimana aku menikmati 15 pips spread kat GBPCHF. Waduh kok sedey.

Tapi ia memberi aku pelajaran bahawa aku mestilah tengok spread sebelum tekan buy atau sell.

Alhamdulillah, salam spread kembang dan kangkang dan sebagainya.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →