Apa Itu Spread Dalam Forex Dan Faktor Penentuannya

Bismillahirrahmanirrahim

Pendahuluan

Spread merupakan salah satu komponen yang biasa di dalam forex trading. Spread juga digambarkan sebagai kos kepada penyelenggaraan setiap entry yang dilakukan oleh trader. Disebabkan itu, forex kebiasaannya tiada cas komisen disebabkan kos tersebut telah diterjemahkan kedalam bentuk spread.

Apa itu Spread Dalam Forex ?

Spread bermaksud perbezaan antara harga bid dan harga ask. Itulah yang dimaksudkan dengan spread. Sebagai contoh, pair EUR/USD, harga bid, 1.3000 dan harga ask 1.3003. Perbezaan sebanyak 3 pips tersebut merupakan Spread. Oleh itu, sekiranya entry dilakukan, anda akan melihat entry anda bermula dengan -3pips.

Faktor Penentuan Spread Dalam Forex

Perasan tak anda semua bahawa setiap pair mempunyai kadar spread yang berbeza? Sebagai contoh, EUR/USD mempunyai spread sebanyak 1 pips, namun EUR/CHF mempunyai kadar spread sebanyak 2 pips. Kenapa ianya berlaku? Nah saya kongsikan beberapa faktornya.

Volatility / Kerancakan Matawang

Faktor pertama adalah berkaitan dengan volatility. Volatility bermaksud dengan kerancakan matawang. Sekiranya kadar volatility matawang tersebut terlalu tinggi ataupun terlalu rendah, broker biasanya akan meningkatkan spreadnya. Mengapa? volatility yang terlalu laju akan melibatkan kadar responsif broker untuk execute trade anda. Dalam bahasa kampung, broker tak sempat nak masukkan entry.

Volume Pasaran

Volume Pasaran juga turut mempengaruhi kadar spread sesuatu pair. Sifirnya adalah, semakin tinggi volume dagangan, semakin rendah spread yang dikenakan. Sebagai contoh major pair biasanya mempunyai spread yang rendah disebabkan aktiviti dagangan yang tinggi. Berbeza dengan pair exotic seperti USD/ZAR, spread mampu mencecah sehingga 30 pips disebabkan volume dagangan yang rendah.

Apa kaitan volume dagangan dengan spread? Sekiranya volume dagangan itu rendah, agak sukar untuk broker menemukan order antara Buyer dan Seller. Maka broker terpaksa besarkan spread untuk memenuhi order antara buyer dan seller. Contohnya begini.

Buyer nak beli pada harga 1.3000

1.3002 tiada seller

1.3004 tiada seller

1.3006 tiada seller

1.3010 ada Seller.

Oleh itu buyer terpaksa besarkan spread sehingga 10 pips untuk dapatkan seller pada harga 1.3010

Kesimpulan

Sebagai seorang peniaga, anda harus tahu dan menganggap bahawa spread merupakan salah satu kos yang perlu diserap oleh seorang trader. Oleh itu, adalah wajar untuk anda melakukan timbang tara untuk memilih pair yang mempunyai spread yang terlalu besar. Anda juga perlu tahu bahawa jumlah spread juga akan mempengaruhi peratus untuk price hit TP dan SL anda.

Bagaimana dengan anda? Anda ada lagi poin poin lain yang boleh menjadi faktor setiap pair mempunyai spread yang berbeza? kongsikan bersama saya di FB saya. Sekian terima kasih

Alhamdulillah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →