Bismillahirrahmanirrahim
Psikologi trading forex ni merupakan salah satu elemen utama untuk kita kuasai sewaktu kita sedang melakukan aktiviti forex. Jika aku rasa benda ni simple disebabkan ianya tak dapat dilihat dengan mata kasar. Maka aku silap dan mungkin aku akan kecundang terus untuk meneruskan usaha untuk trade secara konsisten di dalam forex. Jadi hari ini aku ingin mencatatkan sekian pelajaran psikologi dalam forex trading iaitu frasa i’ll be back.
Kesan Psikologi Dalam Forex Trading
Sebelum aku terangkan pasal frasa ill be back ni, aku kena tau dulu apa kesan yang signifikan yang boleh psikologi pengaruhi keputusan buy dan sell aku ni. Pertama adalah sekiranya psikologi aku tiddak kuat, maka aku takkan rela position aku berada dalam keadaan loss dan menyebabkan aku mengalihkan SL dan membiarkan loss semakin besar. Sewaktu inilah menyebabkan aku mula menarik had SL aku ataupun lebih teruk aku tidak meletak SL langsung di dalam trading.
Kedua, jika aku terlalu gembira, aku mula terlalu bercita cita besar. TP aku letak mungkin pada awalnya 100 pips, aku tarik menjadi 500 pips kononnya nak swing jauh. Namun disebabkan market tak menentu membolehkan sepatutnya RR yang diset itu dah cantik mula cacat. Dapatlah 10 pips itupun sebab BE.
Ketiga, jika tiada kawalan psikologi trading forex ini, ia boleh membuatkan aku mula tak stick dengan plan plan yang aku rancang. Contoh, aku da target nak Buy EU je petang ni, tiba2 tengok member2 grup ramai sokong Sell dan aku pun mula termakan pujuk rayu ahli grup. Akhirnya aku pun kantoi dan tak ikut trading plan. Bila analisa aku menjadi, tapi disebabkan ikut cakap ahli grup, mula la aku menyendu sendiri.
Frasa Il be Back Di dalam Trading
Frasa ini merupakan satu keadaan yang mana aku kena keluar daripada market selepas mengalami beberapa siri loss yang berterusan. Bergantung kepada skill trading masing2, aku mempunyai skill trading yang memberikan SL yang kecil sekitar 15 pips kebawah dan aku allocate sebanyak 50 pips untuk aku rugi dalam sehari. Dalam erti kata lain sekiranya aku mengalami 3 atau 4 kali loss berturut-turut aku akan berkata pada MT4, I’ll be back.
Aku akan off MT4 dan buat kerja lain. Aku memang berdendam dengan market namun dendam tu aku bawa kepada keesokan harinya. Berbeza jika aku berdendam dan ingin lunaskan dendam itu pada hari tu jugak, memang aku rasa fikiran aku untuk trade menjadi lebih tidak wajar dan mengundang lebih banyak loss. Jadi keesokan harinya, aku akan balas dendam dengan fikiran yang lebih stabil dan mengikuti trading plan yang sewajarnya.
Itulah yang aku buat sekarang. Lepas 3-4 kali loss aku akan cakap dekat chart. Besok aku akan datang. Aku akan kutip popit ratus juta kali ganda dari ko rembat 50 pips aku. Inshaa ALLAH asalkan RR kita cantik dan mengikut trend. Memang mudah untuk profit sekiranya mengikut trend yang ditunjukkan.
Cara-Cara Untuk Berhenti Trade Pada Hari Tersebut
Ada banyak cara yang aku boleh applied untuk berhenti trade pada sesuatu hari. Pertama adalah berdasarkan loss streak yang aku telah ceritakan sebelum ini. Lepas aku loss 3 atau 4 kali aku berhenti dan aku cakap ill be back. Esok aku akan balas dendam semula.
Cara kedua adalah dengan menunggu signal muncul dalam suatu hari. Sekiranya signal tidak muncul, maka cakap je ill be back. Besok ada signal aku belasah RR lagi besar. Oleh itu ia akan mengelakkan diri aku daripada membuat setup snediri, berbeza daripada market yang memberikan setup.
Dan yang terakhir, sekiranya sudah mencapai profit pips yang dihajati atau disasarkan, cakap pada MT4, ill be back. Besok aku akan kaut untung lagi sama macam hari ini. Takut sekiranya overtrade, elok elok dapat 100 pips bertukar dari 50 pips je sebab loss.
Kesimpulan yang aku ingin sampaikan, aku kena tau bila waktunya aku patut berhenti dan berhenti itu lebih baik daripaada meneruskan trading sebab market pun pandai monday blues.
Sesungguhnya, ALLAH lah yang Maha Pemurah dan Maha Bijaksana.
Aku hanya pedagang jawa.