Jenis-Jenis Strategi Forex Secara Keseluruhan

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH aku mulakan post. Hari ini aku nak catatkan semua jenis strategi forex yang ada dalam muka bumi ni di dalam blog ini. Supaya lepas ini, ia akan menjadi rujukan pada aku waktu hadapan kelak. Aku akan listkan semua jenis strategi trading yang aku ingat dan aku hadam. Jika dipusing pusing pun nama tu, macam Fibo Neraka ke, SnR Syurga ke, tetap ia akan berbalik kepada pucuk yang lima ni. Jadi kat bawah nilah strategi forex yang orang generate untuk profit dalam pengetahuan aku.

  • Averaging
  • Pyramiding
  • Lot Scale In
  • Lot Scale Out
  • Hedging

Averaging

teknik averaging

Averaging merupakan suatu teknik yang melawan trend ataupun counter trend player. Jenis strategi forex ini sesuai bagi mereka yang bersifat proactive ataupun contrarian trader. Gerak kerja teknik averaging adalah dengan menambah lebih banyak order dalam satu arah. Dalam erti kata lain, semakin price menaik, semakin banyak Sell order akan digenerate. Semakin price menurun, semakin banyak Buy order akan digenerate. Teknik ini kebiasaanya tidak mempunyai SL namun ada juga averaging teknik yang menggunakan SL.

Kebiasaannya strategi forex ini digunakan dengan spot area terbaik yang trader percaya price akan bounce.  Kebiasaannya pending order akan diletakkan di bahagian atau kawasan SnR ataupun SnD. Maka akan berlayer-layer order yang akan dilihat dikawasan tersebut. Kekuatan teknik ini adalah trader kena faham manakah pair yang sentiasa berada dalam keadaan ranging mode. Untuk hal ini, aku lebih memilih Major Pair kerana pair ini paling banyak di dagangkan dan disebabkan ia sentiasa didagangkan, maka price ni secara hukum asasnya harus berada dalam range harga yang lama. Namun, strategi ini akan hancur sewaktu market gila-gila trending dan ianya pasti berlaku dalam tiap tahun.

Pyramiding

Piramid Teknik

Pyramidng merupakan suatu Trend Follow teknik dan ia sesuai kepada mereka yang bersifat reaktif dan BandWagon trader. Kebiasannya trader jenis pyramiding ini menggunakan breakout sebagai entri mereka. Apabila mereka dapat kesan breakout, maka itulah signal bagi mereka untuk jump in order. Biasanya apabila trader dah confirm trend nak kemana, setiap kali ada pattern pattern yang berjenis continuity dia akan balun. Maka, semakin price naik, semakin banyak buy order dan semakin price menurun, sell order juga semakin banyak.

Kekuatan pyramiding adalah memaksimumkan profit pada suatu momentum trend. Malah pyramiding tidak sukar seperti averaging yang perlu mengagak dan mempunyai pemahaman yang advance terhdapa market. Oleh kerana ia bersifat reaktif, maka trader akan trade what they see dan bukan trade what they feel. Kelemahan teknik ini adalah price sentiasa dalam keadaan ranging mode membuatkan ia sentiasa terkesan dengan false breakout. Malah, apabila momentum trend berlaku, ia berlaku dalam masa yang sekejap sahaja, selebihnya ia akan berada dalam ranging. lagi-lagi apabila price berada di hujung-hujung trend yang mana price sentiasa menipu sama ada nak turun atau naik. There is no higher than high or no lower than low. Sebab tu aku sukar untuk mengagak dah boleh bounce ke belum. Jadi, pada aku, pyramidng harus digunakan pada pair pair volatility yang besar atau more on cross pair. Sebab cross pair cenderung untuk trending.

Hedging

Hedging pada permulaan konsepnya atau fungsi nya adalah LOCK harga pada suatu kawasan. Kebiasaannya digunakan oleh industry untuk mengelakkan diri daripada kemerosotan harga runcit disebabkan kadar pertukaran wang asing. Bayangkan kalo Coca Cola jual sebotol USD 1 = RM 4 bulan Julai, bila bulan Ogos nak kutip untung rate da jadi USD 1 = RM 3. Rugi diorang. Praktikaliti strategi hedging forex ini adalah Buy dan Sell harga pada masa yang sama. Namun secara tiba tiba sebuah teknik Hedging yang memanipulate lot datang dan menjadi popular iaitu Herry Hedging Strategy. Maka dari situ bermula lah bermacam macam nama tapi modelnya tetap sama macam di Malaysia iaitu teknik GEM Math 2008 atau EA Super Hedging dari negara Indonesia.

  • Lock Hedging : Sole purpose adalah untuk minimize kerugian disebabkan kadar pertukaran wang asing.
  • Hedging Martingale : Sole purpose adalah untuk generate profit menggunakan multiplication lot.
  • Timing Hedging : Sole purpose adalah untuk generate profit dengan menggunakan faktor timing untuk release profit order

Contoh aplikasi Lock Hedging :

  • Buy  : Lot 0.1
  • Sell :  Lot 0.1

Namun terdapat suatu masa Lock Hedging mula generate sebagai untung tapi jarang berlaku apabila nilai sell or buy melebihi daripada opposing order. Dalam erti kata lain walaupun pips negative tapi kat balance profit. Ini bukan MT4 error tapi disebabkan nisbah perbezaan nilai antara buy dan sell order tu. n

Contoh Aplikasi Hedging Martingale

  • Lvl 1 : Buy Lot 0.1 / Sell Lot 0.3
  • Lvl 2 : Buy Lot 0.9 / Sell Lot 2.7

Kebiasannya Hedging Martingale menggunakan multiplication of 3 iaitu apabila terkena Buy dan SL serentak, maka setiap order akan tertutup dengan berkadar profit. Cara penggunaan Multiplication of 3 sangat bahaya dan biasanya akan makan diri apabila price ranging dan mula mengaktifkan seluruh sequence calculation of order. Mengikut pengalaman saya menggunakan teknik ini, price cuma boleh bertahan sehingga 7 kali order diaktifkan kemudian akan kiok. Paling lama cuma 2 bulan atau 3 bulan nasib baik jika akaun bertahan.

Ada juga model yang menggunakan multiplication of 2 dan apply SL pada setiap kali generate order baru dan mampu bertahan sehingga 10 or 11 kali sequence namun ia akan suffer dengan masalah Not Enough Money pada suatu tahap walaupun pengiraan akaun masih boleh bernafas.

Lot Scale In

Lot Scale In bermaksud lot order semakin membesar dari lot sebelum. Sebagai contoh lot sebelum 0.1, kemudian 0.2 kemudian 0.3 dan seterusnya. Kebiasaannnya yang menggunakan lot scale in adalah mereka yang menggunakan strategy Averaging. Dengan mengharap kepada retracement, maka  lot terakhir mampui tapau semua lot lot lain yang tengah float negatif.

Lot Scale Out

Lot Scale Out bermaksud lot order yang semakin mengecil dari lot sebelum. Sebagai contoh lot sebelum 0.4, kemudian 0.3 kemudian 0.2 dan seterusnya. Biasanya Lot Scale Out digunakan oleh mereka yang merupakan trend follow ataupun pyramiding. Tujuan mereka adalah maximize profit pada price projection. Berbeza dengan Lot Scale in yang mengharapkan retracement untuk overshadow semua position yang rugi.

Post Sebelum ini : Apa Itu Martingale

Alhamdulillah, terima kasih ALLAH kerana sudi beri peluang untuk aku mencatat

ALLAHu Musta an

ALLAhu Musta an

ALLAHu Musta an

Aku Pedagang Jawa.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →