Psikologi Dalam Trading Forex Bahagian 1

Bismillahirrahmanirrahim

Psikologi ni sebenarnya penting giler dalam trading ni. Kena stick pada plan dan strategi asal kita. Jika kita tak stick pada plan dan goyah, mula lah kita merepek repek buat entry. Jadi plan aku mudah je. Tak susah mana. Benda yang kecik-kecik mungkin boleh memberi impak dalam psikologi trading aku semasa entry. Ini antara pelan-pelan tindakan aku untuk stick pada trading plan aku. Mungkin orang lain juga boleh belajar apa yang aku buat.

Mesti Ada Standard Operating Procedure (SOP) Trading

Dalam erti kata lain, trading mesti ada plan. Basic Planning ada 4 iaitu, ENTRY, SL, TP dan Risk and Reward. Contoh Trading Plan adalah seperti ini.

  • Entry :  CRS di kawasan Support (Buy)
  • TP    :  150 Pips (Initial)
  • SL   :  50 Pips, (Hi Lo Candle)
  • Cut : Cut Profit bila Price Break Lower TF Support
  • RR : 1:3

Atas ni merupakan standard SOP untuk trading plan korang. Ia sangat membantu aku maintain fokus aku. Bawah ni aku berikan trading plan intraday aku. Mungkin boleh gunakan sebagai rujukan untuk develop trading plan yang lain.

  • Style : Intraday
  • TF : M5
  • Pair : GBP/USD (Most Volatile in Major Pair)
  • Session : London Session
  • Trend : Price below Mid BB Sell and Vice Verca
  • Entry : Bounce and Break
  • SL : Lock
  • TP : 3 Times per Lock or BE
  • Exit : After 0000H close all Profit

Tutup Bahagian Aktif Order MT4

Seriously, bila aku nampak pips yang bergerak-gerak ia membuatkan aku menjadi gelabah lemon. Ia sangat memberi kesan pada psikologi aku waktu trading. Jadi, aku terus tutup bahagian bawah tu dan hanya fokus pada price chart sahaja. Tak kesah la pips tu bergerak positif ke negatif ke aku tetap worried. Takut kalo aku tak close skang waktu profit nanti price retrace ataupun takut price kena SL, mula lah nak menarik SL bagi lagi jauh. Cuba dulu, mungkin antara korang pun akan terasa perbezaannya.

Fokus Untuk Trade Bukan Profit

Dalam erti kata lain, aku fokus pada SOP, bukan terbuai dengan profit yang aku buat ataupun bersedih dengan loss yang aku hadapi. Trade macam robot la orang kata. Macam EA tapi EA hidup. Jika aku terbuai dengan profit, nanti aku ter over confident dan mula akan kacau SOP aku. Baik aku trade ikut SOP je, lagipun setup intra aku memang memerlukan aku aktif di depan komputer. Aku trade je tanpa aku kesah entri tu kena TP atau SL.

Tahu Bila Nak Berhenti Trade

Aku kerja pun kadang kadang aku mengular, napa dengan trade ni aku nak jadi rajin sangat ye tak. Dulu aku hamba chart, kalo boleh nak rembat sebanyak mungkin profit tapi lama-lama benda tu beransur pergi dan aku pun jadi lebih kool dan rileks. Macam aku, aku akan berhenti trade pada pukul 1200 malam sebab aku nak tidur. Tak guna pun duduk depan komputer lelama. Selain tu, aku akan berhenti lepas 4 atau 5 kali price hit SL. Macam aku, kiraan MM aku adalah 1000 pips endurance. Aku provide 50 pips per day untuk lost. Satu sequence 10 pips. Jadi dalam erti kata lain, 4 atau 5 kali SL aku berenti. Bagi aku hari tu memang market sewel.

Persekitaran Kondusif

Nak Trade persekitaran kena kondusif. Macam aku waktu aku on station, maka aku da setup movie, kipas, kacang, air kosong, air panas, lagu aiman tino dan tasbih. Lepas trade dan takede setup aku dengar lagu, lepak makan kacang dan tengok movie. Untuk yang ada dua komputer senang la, cuma bagi yang ada satu skrin tu, korang readjust la window tu kasi nampak chart korang dengan movie yang korang tengok. Aku da malas nak trade kat kedai mamak la, kat masjid la, kaki lima la, rasa cam tak kool plak. Orang intai duk ingat aku kaya, padahal rabak poket mendepo je. hahaha

Mobile or Static Station

Maksud aku adalah sama ada trade pakai henphone ataupun pakai laptop. Jawapan aku adalah laptop sebab bila aku terlalu attach dengan market, mula la aku jadi psiko dengan pergerakan pips. Jadi dengan memakai laptop atau desktop maka akses aku kepada market terlalu limit. Jadi kalo waktu aku on station, aku akan pastikan aku buat kat atas laptop, tak nak pakai henphone. Selain tu aku pernah experience handphone tetiba sangkut dan batuk waktu aku tengah aktif trade. Jadi aku tak mau gamble, bek aku trade dekat desktop je. Dan ye, ia memberikan impak positif dalam psikologi trading aku.

Jangan Join Group Forex

Buat semak, dan buat pening kepala aku je. Grup A Buy, Grup B sell, Grup C buy sell serentak. Last last aku pening. Jadi daripada dipengaruhi, baik aku mempengaruhi. Sebab tu aku banyak post analisa. Biar aku rasa yakin dengan analisa aku walaupun akan kelaut sekali sekala menangkap toman. Huhuhuh.

Itu adalah list keseluruhan psikologi trading forex yang aku praktiskan sewaktu trade. Sesungguhnya ia cuma wasilah sahaja untuk mencari rezeki yang ALLAH tebarkan di muka bumi ini. ALLAH lah yang memberikan rezeki, bukan sebab aku punya usaha.

ALLAH lah yang beri rezeki

ALLAH lah yang beri rezeki

dan

ALLAH lah yang beri rezeki.

Wallahu Mus Taan.

Aku Pedagang Jawa.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →